THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Tuesday, January 25, 2011

LIKU-LIKU PERJUANGAN YANG BERMATLAMAT

Bismilahirrahmanirahim..
  Tanggungjawab sebagai seorang da'ie itu pastinya amat berat,takkala ketika berada di dalam perjuangan duji dengan plbagai ujian yang kita sendiri tidak jelas dengan keputusannya.Apabila ujian yang melanda,kita menggunakan akal yang berteraskan iman dan memikirkan secara positif,impaknya sangat jelas bagi sesiapa yang menghayatinya...kemanisan didunia tidak menjamin kemanisan di akhirat sana,kerana ia lebih bersifat  sementara dibandingkan dengan kebahagian hakiki.
Anologi tentang kehidupan ini,ada seekor kucing sedang kelaparan,kita melemparkan kearahnya seekor ikan,dia akan menikmati ikan tersebut dihadapan kita dengan hati yang tenang tanpa gelojoh,sebaliknya bandingkan dengan seekor kucing yang kedua,yang mana dia mendapatkan seekor ikan itu dengan hasil mencuri,perkara pertama yang dia akan lakukan ialah dia akan melarikan diri sejauh mungkin,yang kedua dia menikmati ikan tersebut dalam keadaan gelojoh,curiga,memerhati sekeliling dikhuatiri dilihat orang,adakah ini dapat dinamakan bahawa haiwan tersebut dapat membezakan antara hak dan batil??..Ayuh!bangunlah dari dirimu yang lesu,gagah menggalas amanahmu di muka bumi,yang hak mendabik,yang batil tersungkur layu...
  Kebahagiaan yang dicari bukanlah kepentingan diri semata-mata,tetapi kemaslahatan orang ramai.Kita tidak seharusnya memikirkan pemikiran kita boleh menyebabkan orang lain menerima hakikat itu,sebaliknya kita memikirkan kesan daripada keputusan itu,dengan bantuan Allah,insyaAllah segalanya menjadi mudah dan lapang menerimanya..Ya Allah permudahkanlah aku dalam membuat keputusan secara adil,tanpa menganiaya mana-mana pihak.Apabila kita menganiaya hambaNya,tunggulah azab daripadaNya,janji Allah itu pasti.Cinta Allah terhadap manusia amat tinggi sehingga kita sendiri tidak dapat mengagak banda itu baik atau buruk untuk kita.

"boleh jadi kamu tidak mnyenangi sesuatu,padahal itu baik bagimu dan boleh jadi kamu mnyukai sesuatu,padahal itu tidak baik bagimu.Allah mngtahui,sdngkan kmu tidak mngtahui"-albaqarah 216-Apabila diri diperkemaskan dengan sebarang kemungkinan,pasti kepedihan,kesakitan itu dirasakan sangat manis,percayalah ujian itu manis jika disandarkan kepada Khalik semata-mata.Adakah kamu layak mencintai mkhluk sebelum mendapatkan cintaNya secara mutlak?.Mencintai dan dicintai Sang Pencipta antara kenikmatan yang paling indah,apabila kita menjaga hubungan dengan Allah,Allah akan menjaga hubungan kita dengan manusia seperti mana kita meletakkan sesuatu pada haknya(adil).

  Kematangan dalam membuat keputusan itu sangat penting,umur bukanlah menjadi salah satu pengukur untuk menentukan kematangan seseorang tersebut,tetapi melihatlah kebijakannyadan kecekapan dalam menyelesaikan masalah tersebut.Kerana keputusan itu melihat kepada jangka masa yang panjang,maka rugilah seseorang itu jika ia membuat keputusan mengikut perasaan,kelak diri sendiri akan binasa,wallahua'lam....
-irbid,jordan-

Thursday, January 20, 2011

KEMBARA DA'IE

    Ya Allah sudah sekian lama diriku tidak merasai nikmat kebahagian akhirnya aku kecapi hari ini,ku genggam erat tugasku sebagai khalifah diatas muka bumi ini semakin mencabar seiring dengan kemajuan dunia sekarang yang sedang rancak berlumba-lumba untuk mencapai matlamat duniawi semata-mata.ya 20.01.2011 seorang khalifah Allah yang diamanahkan oleh Allah kepada kakakku dan abang iparku,sudah sekian lama mereka menanti akhirnye kebahagian itu kembali mewarnai kehidupan mereka,btul kan,tidak rugi kita bersabar dan redha dengan takdir Allah,semuanya berhikmah natijahnya samada lambat atau cepat.
              Allah berfirman:Bersangka baiklah kamu terhadap Allah,sesungguhnya Allah itu sebaik-baik sangkaan....perkara kedua yang menyebabkan hati aku ingin memberitahu semua orang bahawa akulah insan yang paling bahagia kerana najah di markaz luqah,sudah beberapa hari hatiku dhantui perasaan takut,akhirnya terjawab hari ini,Alhamdulillah...

      Kembali kepada kebahagian keduaku,Semua kejayaan dan kegagalan adalah ujian daripada Allah,kejayaan disisi Allah ialah seseorang itu berusaha bersungguh-sungguh untuk berjaya,tetapi amat berat dan sukar untuk menerima setiap kali ditimpa kegagalan,adakah aku ni kufur nikmat??adakah aku tidak beriman dengan qhodo’ dan qhadarNya??betapa sukarnya diri ini mendidik jiwa yang gersang dan kontang,untuk mencapai maqam ikhlas dalam diri amat sukar,kerana 3 perkara yang menyebabkan ibadah seseorang hamba Allah diterima ialah:

1)I’tiqod yang soheh

2)ikhlas

3)bersetuju dengan apa yang disyariatkan oleh Allah.
 
     Kegembiraan ketika kesenangan dan kegembiraan ketika ditimpa musibah,itulah yang dinamakan redha kepada Allah,ku memegang genggam erat bait2 indah ini,tetapi semakin hari jiwaku merontah-merontah apabila berbatu-batu ditimpa ujian daripada Allah,kadangkala ku tersungkur,ku lantas bangun walaupun diri ini merasakan terlalu berat untuk melangkah dan mara.

             Firman Allah:sesungguhnya Allah tidak membebankan hambanya melebihi kemampuan hambanya itu.Hambu Mu memohon janganlah kurangkan ujian keatasku,tetapi kuatkanlah imankan ku takkala ku ditimpa ujian,sesungguhnya seseorang itu tidak dianggap beriman selagimana dia tidak diuji oleh Allah.

      Selari dengan kelahiran seorang kalifah dimuka bumi,ku berharap agar kelahiran ini tidak sia-sia dan dialah yang menjadi salah satu penyambung rantai-rantai perjuangan rasulullah SAW.Ya Rasulullah umatmu merindui mu,dirimu amat sempurna,engkaulah insan yang  paling layak dijadikan idola sepanjang  zaman,tiada seorang hamba Allah pun yang dapat menandingi kesempurnaanmu,apabila dirimu melihat umatmu sekarang,betapa sedihnya dirimu.Kadangkala aku sendiri tidak mampu menghadapi tohmahan-tohmahan apabila sedang menyambung rantai perjuanganmu,kesakitan ,kesedihan sudah menjadi sebati dalam hidupku,tetapi siapakah  yang akan menyambungnya kalu bukan kita??apabila mengenangkan nasibku,diriku menjadi lebih kecil dan tiada apa-apa dibandingkan dengan dirimu Ya Rasulullah SAW,liku-liku perjuanganmu lebih mencabar dari apa yang aku alami sekarang.
  
      Bertambah sedih lagi apa yang aku lakukan sekarang ditentang oleh ramai orang,termasuk orang-orang berhampiran denganku,dihina dengan perjuanganku,ku merasa amat pedih,sedih,tetapi aku faham ini bukan salah mereka,mereka berkata sedemikian kerana  mereka sendiri yang tidak memahaminya,akulah bertanggjawab untuk membawa mereka mengenal erti perjuangn,menegakkan khalifah minhaj ila nubuwwah,kerana hasil perjuangan itu bukan mengambil masa yang singkat...Ya Allah istiqomahlah aku dijalan yang Kau redhai.

Monday, January 17, 2011

10 Muwassofat Tarbiyyah

Muslim yang ingin mempersiapkan diri dalam perjuangan Islam perlu memperbaiki dirinya agar sentiasa terkehadapan daripada manusia lain. Risalah Islam yang syumul ini hendaklah difahami dengan membentuk diri yang syumul juga. Maka hendaklah diteliti di sini tentang aspek-aspek seorang da’ie Muslim dalam rangkanya untuk menjadi seorang Muslim yang sempurna. Sifat-sifat yang perlu ada pada diri ialah: 


1) Kuat tubuh badan (Qawiyyal Jism)
Dakwah adalah berat pada tanggungjawab dan tugasnya, maka di sini perlunya seorang da’ie itu tubuh badan yang sihat dan kuat. Rasulullah saw menitikberatkan soal ini, sabdanya:
  "Mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih dikasihi Allah dari mukmin yang lemah,  tetapi pada keduanya ada kebaikan."  
Kita juga hendaklah sentiasa memeriksa kesihatan diri, mengamalkan riadah dan tidak memakan atau minum suatu yang boleh dan diketahui merosakkan badan.



2) Akhlak yang mantap (Matinul Khuluq)
Akhlak kita ialah Al-Quran dan ianya terserlah pada diri Nabi saw. Telah dijelaskan beberapa unsur oleh Imam Al-Banna dalam kewajipan seorang da’ie iaitu bersifat sensitif, tawadhu’, benar dalam perkataan dan perbuatannya, tegas, menunaikan janji, berani, serius, menjauhi teman buruk dan lain-lain.


3) Fikiran yang berpengetahuan (Mutsaqqafal Fikri)
Seorang da’ie perlu berpengetahuan tentang Islam dan maklumat am supaya mampu menceritakan kepada orang lain perihalnya di samping perlu bersumberkan kepada Al-Quran dan Hadis serta ulama’ yang thiqah. Pesan Imam Banna: 
"Perlu boleh membaca dengan baik, mempunyai perpustakaan sendiri dan cuba menjadi pakar dalam bidang yang diceburi."
Selain itu, seorang da’ie perlu mampu membaca Al-Quran dengan baik, tadabbur, sentiasa mempelajari sirah, kisah salaf dan kaedah serta rahsia hukum yang penting.


4) Mampu berusaha (Qadiran ala Kasbi)
Seorang da’ie walaupun kaya, perlu bekerja. Dia juga tidak boleh terlalu mengejar jawatan dalam kerajaan. Dalam keadaan tertentu, meletakkan jawatan dan meninggalkan tempat kerja mengikut keperluan dakwah lebih utama dari gaji dan pendapatan yang diterima. Selain itu, dia hendaklah sentiasa melakukan setiap kerja dengan betul dan sebaiknya (ihsan). Dalam soal kewangan, menjauhi riba dalam semua lapangan, menyimpan untuk waktu kesempitan, menjauhi segala bentuk kemewahan apatah lagi pembaziran dan memastikan setiap sen yang dibelanja tidak jatuh ke tangan bukan Islam adalah beberapa perkara penting yang perlu dititikberatkan dalam kehidupan.

5) Akidah yang sejahtera (Salimul Aqidah)
Seorang da’ie semestinya redha Allah sebagai Tuhan, Islam sebagai agama dan Muhammad saw sebagai Nabi dan Rasul yang terakhir. Sentiasalah muraqabah kepada Allah dan mengingati akhirat, memperbanyakkan nawafil dan zikir. Di samping itu, jangan dilupakan tugas menjaga kebersihan hati, bertaubat, istighfar, menjauhi dosa dan syubhat.
6) Ibadah yang betul (Sahihul Ibadah)
Seorang da’ie perlu melakukan ibadat yang meninggikan roh dan jiwanya, perlu belajar untuk membetulkan amalannya dan mengetahui halal dan haram dan tidak melampau atau berkurang (pertengahan) atau dengan kata lainnya bersederhana dalam setiap urusan dalam kehidupannya.
7) Mampu melawan nafsu (Mujahadah ala Nafsi)
Seorang da’ie perlu mempunyai azam yang kuat untuk melawan kehendak nafsunya dan mengikut kehendak Islam di samping tidak menghiraukan apa orang lain kata dalam mempraktikkan Islam yang sebenarnya. Perlulah diingatkan bahawa dai'e mungkin melalui suasana sukar yang tidak akan dapat dihadapi oleh orang yang tidak biasa dengan kesusahan.


clock

8) Menjaga waktu (Haarithun ala Waqtihi)
Sentiasa beringat bahawa waktu, nilainya lebih mahal dari emas, waktu adalah kehidupan yang tidak akan kembali semula. Mengimbau kembali sejarah di zaman dahulu, para sahabat sentiasa berdoa agar diberkati waktu yang ada pada mereka.
9) Tersusun dalam urusan (Munazzamun fi syu’unihi)
Untuk manfaatkan waktu dengan baik, maka timbulnya keperluan kepada penyusunan dalam segala urusan. Gunakanlah segala masa dan tenaga tersusun untuk manfaat Islam dan dakwah.
10) Berguna untuk orang lain. (Nafi’un li ghairihi)
Da'ie umpama lilin yang membakar diri untuk menyuluh jalan orang lain. Da'ie adalah penggerak kepada dakwah dan Islam. Masa depan Islam, hidup dan terkuburnya Islam bergantung kepada da’ie. Amal Islam seorang da’ie ialah untuk menyelamatkan orang lain daripada kesesatan. Da'ie akan sentiasa merasa gembira bila dapat membantu orang lain.Paling indah dalam hidupnya ialah bila dapat mengajak seorang manusia ke jalan Allah.


 

Saturday, January 15, 2011

صيام الايام البيض

إخواني و أخواتي في الله أذكر نفسي و إياكم بصيام الايام البيض من شهر صفر و الموافقة لغدا الإثنين و يومي الثلاثاء و الإربعاء القادم

عن أبي هريرة رضي الله عنه قال : أوصاني خليلي بثلاث لا أدعهن حتى أموت صوم ثلاثة أيام من كل شهر وصلاة الضحى ونوم على وتر
رواه البخاري ( 1124 ) ومسلم ( 721 ) . 

و عن أبي ذر قال : قال لي رسول الله صلى الله عليه وسلم : " إذا صمت شيئاً من الشهر فصم ثلاث عشرة وأربع عشرة وخمس عشرة " .
رواه الترمذي ( 761 ) والنسائي ( 2424 ) . والحديث حسنه الترمذي ووافقه الألباني في " إرواء الغليل " ( 947 ) . 
و سئل الشيخ محمد بن صالح العثيمين - رحمه الله تعالى - :
ورد في الحديث أن النبي صلى الله عليه وسلم أوصى أبا هريرة - رضي الله عنه - بصيام ثلاثة أيام من كل شهر فمتى تصام هذه الأيام ؟ وهل هي متتابعة ؟ .
فأجاب :
هذه الأيام الثلاثة يجوز أن تصام متوالية أو متفرقة ، ويجوز أن تكون من أول الشهر ، أو من وسطه ، أو من آخره ، والأمر واسع ولله الحمد ، حيث لم يعين رسول الله صلى الله عليه وسلم ، وقد سئلت عائشة - رضي الله عنها - : أكان رسول الله صلى الله عليه وسلم يصوم من كل شهر ثلاثة أيام ؟ قالت : " نعم " ، فقيل : من أي الشهر كان يصوم ؟ قالت : " لم يكن يبالي من أي الشهر يصوم " – رواه مسلم ( 1160 ) - ، لكن اليوم الثالث عشر والرابع عشر والخامس عشر أفضل ، لأنها الأيام البيض .
" مجموع فتاوى الشيخ ابن عثيمين " ( 20 / السؤال رقم 376 ) .

Thursday, January 13, 2011

من كان آخر كلامه لا إله إلا الله دخل الجنة

Ana suka video nih,mesej yang ringkas tapi padat..selamat menonton yer....

Wednesday, January 12, 2011

AINUL MARDHIYYAH;Bidadari Syurga untuk Para Syuhada'

Bidadari merupakan salah satu anugerah Allah kepada seorang lelaki yang memasuki syurga. Bagi seorang wanita yang solehah maka bidadari bagi suaminya adalah dikalangan bidadari2 kurniaan Allah dan dia (isteri solehah merupakan ketua kepada segala bidadari- bidadari).
Berjihad/berdakwah untuk agama Allah swt merupakan satu amalan yang akan menjadi kesukaan Allah swt dan ini merupakan sunnah besar nabi SAW dan kalangan sahabat-sahabat r.hum. Setiap manusia yang mati walaupun berapa umurnya maka akan ditanya dimanakah masa mudanya dihabiskan.

Rasulullah saw bersabda“Tidak akan berganjak kaki anak Adam di Hari Kiamat hingga disoal tentang empat perkara: tentang usianya pada apa dihabiskannya, tentang masa mudanya apa yang telah diperjuangkannya, tentang hartanya dari mana datangnya dan ke mana telah dibelanjakannya dan tentang ilmunya apa yang telah dibuatnya.”(Hadith sahih riwayat Tirmizi)

Ainul Mardhiah (bidadari untuk orang yang berjihad/berdakwah untuk agama Allah swt.)

Seakan-akan bidadari itu permata yakut dan marjan.
QS. ar-Rahman (55) : 58

Di dalam surga-surga itu ada bidadari-bidadari yang baik-baik lagi cantik-cantik.
QS. ar-Rahman (55) : 70

(Bidadari-bidadari) yang jelita, putih bersih dipingit dalam rumah.
QS. ar-Rahman (55) : 72

Mereka tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni surga yang menjadi suami mereka) dan tidak pula oleh jin.
QS. ar-Rahman (55) : 74
'Ainul Mardhiah merupakan seorang bidadari yang paling cantik dalam kalangan bidadari-bidadari yang lain (bermaksud mata yang di redhai). Suatu pagi (dalam bulan puasa) ketika nabi memberi targhib (berita-berita semangat di kalangan sahabat untuk berjihad/berdakwah untuk agama Allah) katanya siapa-siapa yang keluar di jalan Allah tiba-tiba ia syahid, maka dia akan dianugerahkan seorang bidadari yang paling cantik dalam kalangan bidadari2 syurga. Mendengar berita itu seorang sahabat yang usianya muda teringin sangat hendak tahu bagaimana cantiknya bidadari tersebut,
tetapi di sebabkan sahabat ini malu hendak bertanyakan kepada nabi saw,kerana malu kepada sahabat-sahabat yang lain. Namun dia tetap memberi nama sebagai salah sorang yang akan keluar di jalan Allah. Sebelum Zohor sunnah nabi akan tidur sebentar
(dipanggil khailulah, maka sahabat yang muda tadi juga turut bersama jemaah yang hendak berangkat tadi tidur bersama-sama sekejap.Tiba-tiba dalam tidur sahabat tersebut dia bermimpi berada di satu tempat yang sungguh indah, dia bertemu dengan seorang yang berpakaian yang bersih lagi cantik dan muka yang berseri2,lalu di tanya sahabat ini ,di manakah beliau berada,lalu ada suara yang menjawab,inilah syurga,tiba2 dia menyatakan hasrat untuk berjumpa dengan 'Ainul Mardhiah (bidadari yang Nabi saw bagitahu tadi),lalu ditunjuknya di suatu arah maka berjalanlah sahabat ini, disuatu pepohon beliau mendapati ada seorang wanita yang tak
pernah dia lihat kecantikan yang sebegitu,tak pernah dilihat didunia ini,lalu diberikan salam dan sahabat ini bertanya, andakah ini Ainul Mardhiah,wanita itu menjawab ehh tidakk(lebih kurang macam tu la dalam bahasa kita),saya penjaganya,Ainul Mardhiah ada di dalam singgahsana di sana.
 Lalu dia berjalan dan memasuki satu mahligai yang cukup indah dan mendapati ada seorang lagi wanita yang kecantikannya berganda-ganda daripada yang pertama tadi di lihatnya, sedang mengelap permata-mata perhiasan di dalam mahligai,lalu diberi salam dan di tanya lagi adakah ini Ainul Mardiah lalu wanita itu menjawab,eh tidak, saya hanya penjagaya di dalam mahligai ini,Ainul Mardiah ada di atas mahligai sana, lalu dinaikinya anak-anak tangga mahligai permata itu, kecantikkannya sungguh mengkagumkan,lalu sahabat ini sampai ke satu mahligai dan mendapati seorang wanita yang berganda-ganda cantik dari yang pertama dan berganda-ganda catiknya dari yang kedua yang beliau jumpa tadi,dan tidak pernah di lihat di dunia,lalu wanita itu berkata,akulah Ainul Mardhiah, aku diciptakan untuk kamu dan kamu diciptakan untuk aku,bila lelaki itu mendekatinya wanita itu menjawab,nanti kamu belum syahid lagi,tersentak daripada itu pemuda itu pun terjaga dari tidurnya lalu dia menceritakan segala-galanya kepada sahabat lain, namun begitu dia memesan agar jangan menceritakan cerita ini kepada Nabi SAW,tapi sekiranya dia syahid barulah di ceritakan kepada Nabi saw.

  Petang itu pemuda itu bersama-sama dengan jemaah yang terdapat Nabi saw di dalamnya telah keluar berperang/berjihad lalu ditakdirkan pemuda tadi telah syahid. Petang tersebut ketika semua jemaah telah pulang ke masjid, di waktu hendak berbuka puasa maka mereka telah menunggu makanan untuk berbuka (tunggu makanan adalah satu sunnah nabi). Maka kawan sahabat yang syahid tadi telah bangun dan merapati nabi saw dan menceritakan perihal mimpi pemuda yang syahid tadi.

  Sahabat pemuda yang syahid tadi,dalam menceritakan kepada nabi saw,Nabi saw menjawab benar,benar,benar sepanjang cerita tersebut. Akhirnya nabi SAW berkata memang benar cerita sahabat kamu tadi dan sekarang ini dia sedang menunggu untuk berbuka puasa di syurga..

Lirik by: UNIC (Ainul Mardhiah)

                                          
Dirimu pembakar semangat perwira
Rela berkorban demi agama
Kau jadi taruhan berjuta pemuda
Yang bakal dinobat sebagai syuhada
Itulah janji pencipta Yang Esa

Engkaulah bidadari dalam syurga
Bersemayam di mahligai bahgia
Anggun gayamu wahai seorang puteri
Indahnya wajah bermandi seri

Menjadi cermin tamsilan kendiri
Untuk melakar satu wacana
Buatmu bernama wanita

Ainul Mardhiah
Kau seharum kuntuman di Taman Syurga
Menanti hadirnya seorang lelaki
Untuk menjadi bukti cinta sejati
Ooh! Tuhan
Bisakah dicari di dunia ini
Seorang wanita bak bidadari
Menghulurkan cinta setulus kasih
Dihati lelaki bernama kekasih

Saturday, January 8, 2011

FATIMAH;Wanita pembantu perjuangan Rasulullah SAW

Fatimah adalah puteri bongsu Rasullullah SAW,dia digelar az-Zahra'(yang cemerlang)..Ayahanda Fatimah bernama Muhammad bin Abdullah penghulu para nabi.Ibunya bernama Khadijah binti Khuwailid.Suaminya bernama Ali bin Abi Talib,cucu Abdul Mutalib,keturunan mulia daripada bani Hasyim,pemuda Quraisy yang bijaksana dan pahlawan islam yang handal.Buah perkahwinannya dengan Ali membuahkan dua putera:Hasan & Husin,kedua-duanya adalah permata Rasulullah SAW dan mawar wewangian baginda.Hasan & Husin adalah pemimpin pemuda penghuni syurga...


   Garis takdir Fatimah telah ditentukan oleh Allah di mana dia hidup dan dibesarkan dalam naungan Madrasah Nubuwwah(nuansa kenabian) dan pangkuan Rasulullah SAW,Fatimah membesar sejalan dengan kebesaran dakwah islamiyyah,ruh Fatimah sejalan dengan ruh islam itu sendiri.Fatimah lahir dan membesar di bawah naungan asuhan lelaki paling sempurna dan wanita sempurna sepanjang zaman.
bukit safa
   Fatimah menjadi saksi hidup perjuangan ayahnya dalam menyebarkan agama islam,Fatimah melihat,mendengar,merasakan setiap derap langkah dakwah ayahandanya itu.Rasulullah SAW menyeru kepada agama islam bermula daripada ahli keluarga dan kerabat terdekat dan kemudian pada kaumnya sebelum akhirnya kepada seluruh umat manusia.Rasulullah SAW menerangkan kepada mereka tentang peringatan dan perintah Allah.Hal itu dimulakan dengan berkhutbah di atas bukit Shafah.Rasulullah SAW memperingatkan mereka supaya menjauhi perilaku kekufuran kaum musyrikin.Reaksi keras daripada kaum musyrikin Mekah dan sikap diskriminatif mulai menerpa Rasulullah SAW,mereka menolak bahkan menentang ajaran yang diseru kepada mereka.


   Semua perbuatan keji,tekanan serta pengasingan yang dialami Rasulullah SAW itu disaksikan Fatimah dengan mata kasarnya.Fatimah merasakan kepedihan yang dirasakan ayahandanya,dia dengan kejernihan fikirnya mengeji perbuatan kaum musyrikan.Fatimah menyesali sikap mereka yang berlaku buruk kepada ayahandanya,yang tidak mahu menerima seruan ayahandanya,serta berkata kepada putera-puteri musyrik bahawasanya bapa-bapa mereka adalah sesat dan menyesatkan.Fatimah bahkan mengejek berhala-berhala yang menjadi sembahan mereka.


   Sejalan dengan lajunya waktu,permusuhan kaum Quraisy terhadap dakwah Rasulullah SAW semakin sengit.Para kafir Quraisy tidak sahaja memberikan tekanan mental kepada Rasulullah SAW dan pengikutnya,mereka juga menyekat hidup dan kehidupan baginda dan para pengikutnya.Fatimah bersama ayahandanya hidup dalam pengasingan aksi boikot dan sekatan yang dilakukan para kafir Quraisy.Fatimah turut merasakan kepahitan dan kegetiran hidup yang menerpa diri ayahandanya dan para sahabatnya.Fatimah merasakan tekanan itu secara peribadi,sama ada melalui perkataan mahupun perbuatan buruk yang dilakukan kaum kafir Quraisy terhadap dirinya.


   Fatimah menyaksikan,merasakan dan menyentuh semua kegetiran perjuangan ayahandanya dalam menegakkan agama Allah.Semua duka nestapa perjuangan dakwah baginda terpateri di kalbu dan benak Fatimah,mengalir dalam memori rasa dan ingatan seperti arus elektrik.Fatimah juga turut berjuang menyingkirkan noda kotoran perjuangan yang mnyakitkan ayahandanya,terkadang melalui kedua belah tangannya atau dengan airmatanya.
 Islamic_Image_1.gif such a blessful place
   Dalam riwayat dinyatakan,suatu hari Rasulullah SAW solat di Kaabah-sebahagian masyarakat musyrikin yang sombong dan bongkak sedang duduk-duduk di tempat solat baginda.Salah seorang daripada kafir Quraisy mendatangi Rasulallah SAW yang sedang mendirikan solat.Dengan sombong orang itu melempar Rasulallah SAW dengan najis unta.Walau bagaimanapun baginda tetap teguh melakukan solatnya,hingga datang Fatimah lalu menyingkirkan kotoran dari tubuh ayahandanya.


   Dalam riwayat lain dicatatkan,pernah pada suatu hari Ummu Jamil isteri Abu Lahab melemparkan kotoran najis di depan rumah Rasulullah SAW.Fatimah membantu ayahandanya menyingkirkan kotoran-kotoran itu dengan tenang dan sabar.Fatimah bahkan berusaha membersihkan kotoran-kotoran yang dilemparka Ummu Jamil itu sehingga rumah Rasulullah SAW bersih seperti sediakala.

   Di hari lain,Ummu Jamil si kafir jahat itu bersua dengan Rasulullah SAW,dia lau melemparkan tanah keras ke atas kepala baginda.Walaubagaimanapun,baginda tidak membalas perlakuan buruk yang dilakukan ke atasnya sebaliknya baginda kembali ke kediamannya dengan kepala berlumuran darah.Melihat ayahandanya datang dengan kepala berdarah-darah seperti itu,Fatimah tiada kuasa menahan buturan airmatanya.Dia dengan pantas membersihkan darah yang bercampur tanah di kepala ayahandanya sambil menangis pilu.Muhammad SAW begitu kagum dengan rasa empati puterinya itu.Ada beban berat yang memenuhi dadanya,apabila melihat puteri bongsunya menitiskan air mata meratapi kepedihan yang dialaminya..

   Para psikologi mengatakan,seorang ayah betapapun kejamnya dia,dia akan luluh hatinya jika melihat anak-anak kecil mereka menangis kesedihan,apatah lagi jika tangisan itu demi ayahnya sendiri.Maka tatkala Rasulullah SAW melihat air mata puterinya mengalir dikedua pipinya,baginda mendakap anaknya erat-erat dan menasihatinya untuk tabah.Baginda menghiburkannya dengan untaian kata-kata yang menyejukkan hati,"jangan menangis wahai puteriku,kerana Allah melindungi ayahandamu".


   Pergolakan dakwah itu terus berlngsung,para kafir Quraisy tidak henti-henti mengganggu dan menghalang gerakan dakwah Rasulullah SAW dalam menegakkan agama Islam.Rasulullah SAW melayani karenah mereka dengan sabar dan jiwa yang beristiqomah,hingga datang perintah Allah supaya berhijrah ke Madinah.Rasulullah SAW ditemani sahabat karibnya Abu Bakar nmelaksanakan hijrah.Setelah teguh diMadinah,baginda menugaskan Zaid bin Haritsah dan Abu Rafi' pergi ke Mekah untuk membawa pulangnya ke bumi Madinah.


   Kedua-duanya melaksanakan perintah Rasulullah SAW itu dan kembali ke Madinah dengan membawa isteri baginda;Saudah binti Zam'ah dan kedua-dua puteri baginda iaitu Fatimah dan Ummu Kaltsum.Mereka menetap di negeri Islam yang baru itu sehingga Allah memanggil baginda ke pangkuan-Nya.Fatimah menyertai Rasulullah SAW di bumi Madinah hingga Rasulullah SAW wafat.
    wallahua'lam

SEJARAH ISLAM

وَلَن تَرۡضَىٰ عَنكَ ٱلۡيَہُودُ وَلَا ٱلنَّصَـٰرَىٰ حَتَّىٰ تَتَّبِعَ مِلَّتَہُمۡ‌ۗ قُلۡ إِنَّ هُدَى ٱللَّهِ هُوَ ٱلۡهُدَىٰ‌ۗ وَلَٮِٕنِ ٱتَّبَعۡتَ أَهۡوَآءَهُم بَعۡدَ ٱلَّذِى جَآءَكَ مِنَ ٱلۡعِلۡمِ‌ۙ مَا لَكَ مِنَ ٱللَّهِ مِن وَلِىٍّ۬ وَلَا نَصِيرٍ

"Dan sama sekali tidak akan redha org2 Yahudi dan Nasrani sampai engkau mengikuti agama mereka.Katakanlah sesungguhnya petunjuk Allah itu petunjuk yg sebenarnya. Dan seandainya engkau ikuti hawa nafsu mereka, sesudah datang kpdmu imu, maka tidak ada dari Allah utkmu perwalian dan pertolonganNya." (alBaqarah 120)

3 Mac 2010 genaplah 86 tahun umat Islam kehilangan Khalifah. Bermula 3 Mac 1924 sistem khalifah tidak dibenarkan memerintah di bumi Allah ini.

Kronologi Sistem Khalifah selepas Nabi Muhammad
1-Khulafa Ar Rasyiddin    -632-634M : Saidina Abu Bakar As Siddiq    -634-644M : Saidina Umar Al Khattab    -644-656M : Saidina Uthman B Affan    -656-661M : Saidina Ali B Abu Talib

*Pemerintahan Khulafa Ar Rasyiddin memerintah selama 29 tahun.

2- Kerajaan Bani Umaiyyah
Gibraltar mosque.
    -661-680M : Muawwiyah Ibni Abu Sufyyan    -680-683M : Yazid Ibni Muawwiyyah    -683-684M : Muawwiyyah II Ibni Yazid    -684-685M : Marwan Ibni Hakkam    -685-705M : Abdul Malik Ibni Marwan    -705-715M : Al Walid Ibni Abdul Malik    -715-717M : Sulaiman Ibni Abdul Malik    -717-720M : Umar Ibni Abdul Aziz    -720-724M : Yazid II Ibni Abdul Malik    -724-743M : Hisyam Ibni Abdul Malik    -743-744M : Al Walid II Ibni Yazid II    -744M        : Yazid III Ibni Al Walid II    -744M        : Ibrahim Ibni Al Walid II    -744-750M : Marwan II Ibni Muhammad

*750 Masihi adalah tahun kejatuhan Bani Umaiyyah ditangan tentera Abbassiyyah. Kerabat Bani Umaiyyah dibunuh. Tetapi seorang waris Bani Umaiyyah Abdul Ar Rahman telah mengambil pemerintahan Islam di Andalusia dan menubuhkan Kerajaan Bani Umaiyyah Andalus

Bani Uamaiyyah di Andalus

    -756-788M : Abdul Ar Rahman    -788-796M : Hisyam I    -796-822M : Al Hakkam I    -822-852M : Abdul Ar Rahman II    -852-866M : Muhammad I    -866-888M : Al Mundhir    -888-912M : Abdullah Ibni Muhammad    -912-961M : Abdul Ar Rahman III    -961-976M : Al Hakkam II    -976-1008M : Hisyam II    -1008-1009M : Muhammad II    -1009-1010M : Sulaiman    -1010-1012M : Hisyam II (menaiki takhta semula)    -1012-1017M : Sulaiman ( menaiki takhta semula)    -1021-1022M : Abdul Ar Rahman IV    -1022-1023M : Abdul Ar Rahman V    -1023-1024M : Muhammad III    -1027-1031M : Hisyam III

3- Kerajaan Bani Abbsiyyah
Baghdad
Bani Abbasiyyah di Baghdad

   -750-754M : Abu Al Abbas Al Saffah   -754-755M : Al Mansur   -755-785M : Al Mahdi   -785-786M : Al Hadi   -786-809M : Harrun Ar rasyid   -809-813M : Al Amin   -813-833M : Al Ma'mun   -833-842M : Al Mu'tasim   -842-847M : Al Wathiq   -847-861M : Al Mutawakkil   -861-862M : Al Muntasir   -862-866M : Al Musta'in   -866-869M : Al Mu'tazz   -869-870M : Al Muhtadi   -870-892M : Al Mu'tamid   -892-902M : Al Mu'tadid   -902-908M : Al Muktafi   -902-932M : Al Muqtadir   -932-934M : Al Qahir   -934-940M :Al Radi   -940-944M : Al Muttaqi   -944-946M : Al Mustakfi   -946-974M : Al Muti   -974-991M : Al Tai   -991-1031M : Al Qadir   -1031-1075M : Al Qaim   -1075-1094M : Al Muqtadi   -1094-1118M : Al Mustazhir   -1118-1135M : Al Mustarshid   -1135-1136M : Al Rashid   -1136-1160M : Al Muqtafi   -1160-1170M : Al Mustanjid   -1170-1180M : Al Mustadi   -1180-1225M : An Nassir   -1225-1226M : Az Zahir   -1226-1242M : Al Mustansir   -1242-1258M : Al Musta'sim

*1258M adalah tahun kejatuhan Kerajaan Bani Abbasiyyah di Baghdad akibat diserang oleh tentera Monggul dan Baghdad di musnahkan . Ribuan rakyat dibunuh.

4- Kerajaan Turki Uthmaniyyah

 Sultan Abdul Hamid II
1300- Khalifah Uthmaniah ditubuhkan.

1400- Kerajaan Uthmaniah berkembang maju.

1453- Sultan Al- Fateh berjaya menawan kontantinopel, Eropah Timur, Asia Barat dan Afrika utara.

1494- Paderi kristian melancarkan Perang Salib ke-2 untuk merampas kembali tanah mereka.

1860- Semua serangan ke atas umat Islam gagal, ubah perancangan, daripada serangan fizikal kepada serangan pemikiran.

1861- Yahudi telah menubuhkan Pemuda turki, lancarkan 'Pembaharuan Turki'

1864- Pemuda Turki berjaya mempengaruhi Khalifah, mufti dan tentera. Pemerintahan Turki menjadi pincang

1864- Yahudi mengunakan tipu helah, namun sultan Abdul Hamid II berjaya naik tahta, melambatkan proses kejatuhan Khalifah.

1901- Theodore hertzel, pengasas negara israel pujuk sultan untuk tukar sedikit tanah palestin dengan wang yang banyak, tetapi sultan engan. Dan mengeluarkan kata-kata yang masyur ini...

“Nasihatkanlah Dr. Hertzl agar janganlah beria-ia sangat dalam perkara ini. Sesungguhnya aku tidak sanggup melepaskan walaupun sejengkal daripada tanah ini (palestin ). Kerana ia bukan milikku, tetapi milik rakyatku yang telah berjuang dengan darah mereka untuk mempertahankannya. Maka simpan sajalah jutaan duit yahudi itu. Apabila Empayarku ini berkecai pada suatu hari nanti, maka pada waktu itu mereka boleh mengambil Palestin tanpa bayaran. Manakala ketika aku masih hidup, aku sama sekali tidak akan merelakan bumi Palestin dirampas daripada Empayarku. Tidak sama sekali. Sesungguhnya aku tidak sanggup untuk merestui badan kami dibedah dan diceraikan sedangkan kami (Khilafah Uthmaniah) masih lagi hidup”.1908- yahudi melalui pemuda turki dan tentera salunik merancang secara rahsia untuk mengulingkan Khalifah.

1909- Tentera salunik tawan Istanbul, gulingkan Khalifah, rampas tampuk kepimpinan, lantik khalifah boneka.

1919- Sultan lantik kamal atatturk sebagai ketua tentera, arah untuk sekat tentera britain, perancis, itali dan salunik. tawan kembali tanah yang dirampas, atatturk bukan pergi serang, tapi menolong peberontakan disitu.

1920- Turki ditawan, pembesar ditahan, bangunan kerajaan dirampas dan semua musuh-musuh atatturk dibunuh oleh britain, khalifah masih ada tetapi tiada kuasa, umat Islam juga masih mengangap khalifah sebagai ketua.

1922- Peperangan palsu diatur antara tentera atatturk dan tentera yunani di Turki untuk menunjukkan bahawa atatturk adalah hero sebenar. atatturk menang besar, seluruh takyat menyokongnya,-muktamar pertama kerajaan atatturk-isytiharkan turki sebuah negara republik,sistem khalifah dimansuh, jawatan 'khalifah' dikekalkan untuk urusan agama sahaja.

1923- britain berjanjii memerdekakan Turki, sebagai tukaran atatturk harus menghapuskan khalifah dan saki baki pejuang Islam serta menyerapkan nilai-nilai kehidupan barat dalam diri umat Islam.

1924- ataturk isytihar-jawatan khalifah dihapus, sistem pemerintahan dan agama diasingkan, mahkamah syariah dimansuhkan, khalifah dihalau dari Turki.

1925- Mustafa Kemal Ataturk semasa memerintah negara Turki, mengamalkan sepenuhnya pemerintahan sekular dan menghapuskan ciri2 Islam dalam pentadbirannya. Antaranya:

1- Melumpuhkan fungsi institusi waqaf dan ulama.

2- Tariqat2 tasawuf diharamkan sebagai bertentangan dengan undang2 negara.

3- Pemakaian songkok untuk kaum lelaki dan pemakaian tudung untuk wanita diharamkan.

4- Tulisan Roman menggantikan tulisan jawi. Bertujuan supaya bangsa Turki tidak tahu membaca al-Quran.

5- Undang-undang Islam telah digantikan dengan undang-undang Swiss dari Barat.

6- Dia melarang poligami dan memutuskan persamaan antara lelaki dan perempuan dalam semua hak dan kewajibannya.

7- Membangun sekolah yang mengajar tarian timur dan barat.

8- Mengeluarkan wanita dari rumah untuk memegang jabatan kerajaan.

9- Membangungkan teater.

10- Mendorong rakyatnya untuk mengadakan pesta tarian.

11- Menjadikan Masjid Aya Sofia dan Masjid Al-Fatih menjadi muzium.

12- Membangun ladang untuk memelihara babi.

13- Mendirikan patung di setiap patung.

14- Memaksa kaum muslimin menyerukan azan dengan bahasa Turki dan memaksa mereka membaca al-Quran dengan bacaan Turki bukan bahasa Arab.

15- Memasukkan kalendar Barat sebagai ganti kalendar Islam.

16- Menghapuskan sambutan hari raya Aidilfitri dan Aidiladha.

17- Menetapkan hari Ahad sebagai hari cuti mingguan sebagai ganti hari jumaat.

18- Melarang kaum muliminn Turki mengerjakan Haji dan melarang kaum wanitanya mengenakan hijab.

Ya Allah begitu pedih umat Islam menanggung penderitaan ini. Umat Islam sepertianak ayam yang kehilangan ibu. Sejak kejatuhan sistem Khalifah 3 Mac 1924, kini sudah 86 tahun umat Islam hidup dalam kegelapan. Ya Allah satukanlah hati kami Ya Allah. Apa persiapan kita untuk menghadapi musuh-musuh Allah dan Rasul.....Mari kita sedekah Al Fatihah kepada mereka yang telah syahid dalam menegakkan Islam di bumi ini.

Friday, January 7, 2011

PERJUANGAN KEKASIH ALLAH

hayatilah liku-liku perjuangan Rasulullah, bukan calang-calang pengorbanan yang dilakukannya. Firman Allah: 
“Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (Cubaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cubaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang yang beriman bersamanya:”Bilakah datangnya pertolongan Allah?” Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat” [Qs Al Baqarah:214] 

Rasulullah, adalah kekasih Allah….beliau diuji dengan bermacam-macam ujian. 
Kita pula umatnya, tidak semestinya/belum tentu kita akan menjadi kekasih Allah…tapi kita berasa senang lenang dengan kehidupan dunia ini….ketawa dan bersuka ria bersama keluarga dan sahabat handai….sedangkan Rasulullah bersusah payah menegakkan Kalimah Allah ini. Kemudian dikalangan kita ada yang mengakui bahawa ahli syurga, melakukan ibadat statik di surau dan masjid….sedangkan Rasulullah kekasih Allah itu luka parah dalam usaha dakwahnya. 

Sebenarnya layak ke kita memasuki syurga nanti…????. Dengan usaha kita semacam ini mampukah kita nanti….?? Sedangkan kemungkaran bermaharajalela dihadapan mata kita…banyak lagi perintah Allah kita tidak dapat laksanakan lagi. 

Berlangsungnya undang-undang sivil. Berlangsungnya Demokrasi, berlangsungnya ekonomi kapitalis, PBB, pendidikan sekular, gejala sosial dan kemaksiatan, pepisahan agama dari kehidupan, pemikiran jumud tentang Islam serta bersikap lemah-berserah kepada keadaan dan mengikuti arus masyarakat yang rosak dan tidak mau menjadi orang yang asing. Tidak mampu bangkit, ditakuti dicela nanti. 
Tiada menghiraukan nasib saudara seIslam yang dipanggang oleh musuh Islam, tiada memikirkan permasalahan umat Islam yang berlaku dalam negara ini maupun diluar negara ini. 

Dengan redhanya, dengan relanya bahkan mempertahankan semua sistem kufur seperti diatas tanpa memahami titik asalnya berasal dari Orang Kafir. 

Marilah kita bersama-sama menegakkan negara Islam seperti mana jalan-jalan yang ditempuhi oleh Rasulullah dan para sahabat. Sepertimana firman Allah yang mengingatkan kita ini: 
“Katakan,”Inilah jalanku , Aku (Rasulullah) dan orang yang mengikutiku mengajak/berdakwah (kalian) kepada Allah dengan hujjah yang nyata. Maha Suci Allah dan aku tidak termasuk orang yang musyrik” [Qs Yusuf;108] 

Sama-samalah kita berazam dan membina keimanan kita….tegakkanlah Daulah Khilafah Minhaj ala Nubuwwah.