THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Friday, August 19, 2011

21 OGOS:HARI QUDS SEDUNIA

Peristiwa Bersejarah Pada 21 Ogos 1969 di mana seorang bangsa Yahudi warga Australia, Denis Rohan, telah mengambil tindakan membakar Masjid al-Aqsa. (Sempena Sambutan Hari Al-Quds Sedunia Pada 21 Ogos 2006 Bersamaan 27 Rejab 1427H.

21 Ogos 1969: Peristiwa Pembakaran Masjid Al-Aqsa oleh Zionis


Tanggal 21 Ogos setiap tahun merupakan tarikh memperingati peristiwa pembakaran Masjid Al-Aqsa. Pembakaran tersebut berlaku di waktu subuh pada 21 Ogos 1969 selepas muslimin menunaikan solat subuh dan meninggalkan masjid. Dikesempatan itulah, pihak Yahudi memulakan perancangan mereka dengan membakar Masjid Al-Aqsa. Api marak dengan cepatnya dan terus membakar peralatan masjid dan dindingnya apatah lagi pada waktu tersebut muslimin telah meninggalkan masjid untuk meneruskan rutin harian mereka. Namun begitu, usaha memadamkan api yang terus marak telah dilakukan oleh pemuda-pemuda Islam dengan mengambil air dari telaga-telaga yang berada di kawasan lapang Masjid Al-Aqsa, memindahkan karpet dan tikar keluar dari masjid dan menghimpunkan cebisan-cebisan kecil Mimbar Solahuddin yang terbakar dan kini ia di simpan di Muzium Islam di Masjid Al-Aqsa
Pada asalnya, rejim Zionis telah merancang untuk membakar Masjid Al-Aqsa pada 21 Ogos 1968. Seorang Yahudi dari Australia bernama Denis Michael Rohan telah ditugaskan untuk melaksanakan rancangan tersebut tetapi ia dapat dikesan oleh pihak Masjid Al-Aqsa dan Rohan ditangkap serta dihantar ke Australia. Namun begitu, Rohan dibenarkan datang kembali ke Palestin oleh pemerintah Israel pada tahun berikutnya dan berjaya membakar Masjid al-Aqsa dengan bantuan pihak Yahudi pada 21 Ogos 1969.
Kebakaran tersebut berjaya dilakukan dan tiga kawasan utama Masjid Al-Aqsa telah terbakar iaitu:
  • Masjid Umar yang terletak di penjuru sebelah selatan Masjid al-Aqsa. Ia adalah masjid terawal dibina oleh Khalifah Umar al-Khattab semasa membuka Al-Quds pada tahun 15 Hijrah bersamaan 636.
  • Mimbar Solahuddin Al-Ayyubi dan mihrabnya. Ia dibakar untuk menghapuskan tanda pembukaan Al-Quds yang telah dilakukan oleh Solahuddin Al-Ayyubi pada tahun 583H bersamaan dengan 1187. Mimbar tersebut dibina oleh Solahuddin Al-Ayyubi dan membaca khutbah di atasnya semasa membuka al-Quds.
  • Pintu atas yang terletak di penjuru sebelah baratdaya Masjid al-Aqsa yang ukuran tingginya ialah 10 meter dan susah untuk dinaiki dari dalam masjid tanpa menggunakan tangga yang tinggi. Oleh itu, pintu ini dibakar dari luar masjid dan terdapat individu lain yang mambantu Dennis melaksanakannya dengan bantuan zionis yang telah menguasai pintu besar sebelah barat Al-Quds.


Kesan pembakaran tersebut mengakibatkan terbakarnya mimbar Salahuddin, Masjid Umar, Mihrab Zakaria, Maqam Arbaein, 48 tingkap masjid musnah, dua tiang utama masjid tumbang, kesan-kesan sejarah, karpet, perhiasan ayat Quran dan selainnya terbakar. Dianggarkan Lebih dari 1/4 (seperempat) Masjid Al-Aqsa musnah terbakar.

Rejim Zionis sengaja membiarkan pembakaran ini bahkan pemerintah Yahudi membuat pengadilan pura-pura terhadap Rohan dan membebaskannya tanpa mengenakan apa-apa tindakan dan hukuman dengan alasan dan hujjah bahawa Rohan seorang yang tidak siuman dan ‘gila’ walaupun dari segi profesionnya beliau merupakan seorang doktor perubatan.

Pembakaran Masjid al-Aqsa sebenarnya adalah hasil dari dendam Yahudi terhadap Islam dan ia merupakan satu isu agama. Selepas pembakaran tersebut, Denis Michael Rohan mendakwa dia diutuskan oleh Allah untuk melakukan pembakaran itu sesuai dengan tuntutan Kitab Zakaria. Ia adalah satu kewajipan agama Yahudi yang mesti dilaksanakannya. Oleh itu, pembakaran ini merupakan sesi perancangan yang berterusan yang dilakukan oleh Yahudi bagi membina kembali Haikal Sulaiman.

Pembakaran Masjid al-Aqsa pada tanggal 21 Ogos 1969 telah mendorong negara-negara Islam menubuhkan OIC yang dianggotai 57 negara sebagai langkah menjadikan isu Palestin dan masjid al-Aqsa sebagai isu utama umat Islam sedunia. Semenjak hari itu jugalah, 21 Ogos dianggap sebagai Hari Al-Quds sedunia.


27 Rejab 583 hijrah: Pembebasan Al-Quds oleh Salahuddin Al-Ayyubi

Bumi Al-Quds telah dibebaskan pada hari Jumaat 27 Rejab 583H bersamaan dengan 2 Oktober 1187 selepas 88 tahun di bawah jajahan tentera Salib. Pembebasan ini dilakukan oleh pihak muslimin di bawah kepimpinan Salahuddin al-Ayyubi, seorang pemimpin yang kuat berpegang pada agamanya, berperibadi mulia dan seorang yang beramal soleh.

Pembebasan bumi Al-Quds ini tercapai setelah tentera Islam bejaya mengalahkan tentera Salib Kristian dalam peperangan Hittin di bawah pimpinan Salahuddin al-Ayyubi. Jumlah tentera Islam ialah 12,000 orang sementara tentera salib 50,000 orang dipimpin oleh Guy of Lusignan dan Raymond III of Tripoli. Jumlah tentera Islam dalam pembebasan Baitul Maqdis pula tidak sampai 12,000 orang sementara pihak tentera salib 60,000 orang.

Peperangan ini dinamakan peperangan Hittin kerana ia berlaku di Kampung Hittin, di kaki Bukit Hittin, yang terletak di antara Tiberias dan An-Nasirah. Akhirnya tentera Salib telah tewas. Raja Kristian yang memerintah Palestin telah dapat ditawan beserta adiknya Reginald dari Chatillon. Pembesar-pembesar lain yang dapat ditawan ialah Joscelin dari Courtenay, Humphrey dari Toron dan beberapa orang ternama yang lain. Ramai juga tentera-tentera Salib berpangkat tinggi telah tertawan. Stanley Lane-Poole menceritakan, dalam peperangan ini dapat dilihat seorang tentera Islam telah membawa 30 orang tentera Kristian yang ditawannya sendiri diikat dengan tali khemah. Dianggarkan 30,000 tentera Kristian telah mati dalam peperangan ini.

 

Dalam tempoh dua bulan selepas Salahuddin mencapai kemenangan di Hittin, tentera Islam di bawah kepimpinan Salahuddin mengambil keputusan untuk memasuki bandar dan ibukota Al-Quds. Sebanyak lima puluh buah bandar dan perkampungan yang pernah berada di bawah penjajahan tentera Salib telah berjaya dimerdekakan dalam tempoh yang terlalu singkat. Namun begitu, objektif sebenar yang dijanjikan oleh Salahuddin Al-Ayyubi kepada umat Islam ialah untuk membebaskan Al-Quds (Baitul Maqdis) dari kongkongan musuh-musuh Islam.

Untuk tujuan tersebut Salahuddin meneruskan perjalanannya bersama dengan angkatan tentera ke arah Al-Quds (Baitul Maqdis) dan berjaya mengepungnya selama seminggu sehinggalah pasukan tentera pertahanan kota menyerah diri menyebabkan Salahuddin berjaya memasukinya pada hari Jumaat bersamaan 27 Rejab 583H.

Sebaik sahaja tentera Islam berjaya memasuki Al-Quds, Salahuddin Al-Ayyubi mengambil tindakan sebagaimana yang telah dilakukan oleh Saiyidina Umar bin Al-Khattab (r.a) semasa kali pertama beliau berjaya memasuki Al-Quds. Beliau membuat perjanjian dengan semua masyarakat yang tinggal di sana seperti penganut agama Kristian supaya menjaga kehidupan mereka, kehormatan mereka dan hartabenda mereka.

Oleh: Aman Palestin.

Saturday, August 13, 2011

TARBIYYAH RAMADHAN:SI PERAGUT DAN SEBUAH AL-QURAN

       telah tiba saat waktu kau tinggalkan daku
       kerana takdir yang maha Esa telah menetapkan
       sedih rasanya hati ini bila mengenangkan
       Kau sahabatku kau teman sejati


      Kenapa seringkali kita kehilangan sesuatu baru kita menyedari kehilangannya..Betullah ada yang mengatakan bahawa syukurilah apa yang ada kerana apabila ia tiada baru kita menyedari bahawa ia amatlah penting dalam hidup kita..Jadi,syukurilah apa yang ada=)...


Kehilanganmu bermula..........


     Seawal 9 pagi kakiku melangkah menuju ke ATM bertujuan untuk menengeluarkan duit poket untuk perbelanjaan pada bulan ini.ma cakap ma masukkan duit sebab duit puasa,pertama-tamanya agak kelakar sebab tak mungkinlah ma nak upah sebab puasa ramadhan,berfikir bersendirian,kenapalah ma fikir anaknya masih kecil yang mana upah itu dijadikan gula-gula supaya berpuasa penuh.Lalu si pengembara terima dalam keadaan yang sangat melucukan"kalu nak bagi boleh juga" memandang isi poket dah kosong.


     Selepas mengeluarkan duit,si pengembara bersama seorang sahabat menziarahi seorang kakak yang tinggal dikawasan berhampiran disamping menggunakan internet memandangkan rumah baru tidak pasang internet lagi.Seusai solat zohor pengembara mendapat satu panggilan dari housemate,


".....boleh tolong belikan barang untuk iftor tak?"


"insyaAllah boleh je,jap lagi saya tolong belikan."


Lalu kakak tu menyenaraikan barang-barang keperluan yang digunakan untuk iftor(berbuka).yang mana iftor itu dinamakan MAIDATURRAHMAN(hidangan dari ARRAHMAN,memberi makan kepada 40 orang).


     Si pengembara terus bergegas menuju ke kedai yang berhampiran memandangkan hari dah lewat dan kesuntukan masa untuk memasaknya.Selepas selesai mencari barang,si pengembara bersama seorang sahabat meneruskan perjalanan pulang kerumah kesayangan.Dalam perjalanan kami berdua sering berhenti di pertengahan jalan disebabkan barang sangatlah banyak dan terlalu berat.Rungutan seringkali bermain dibibir kami..


"xde orang nak tolong angkat kat kita ke,berat sangat-sangat nih"


"lama-lama boleh patah tulang jugak nih"


"xpe2 satgi kita call kak S,suh angkat barang kat kita"


     Kami teruskan juga perjalanan kami,orang cakap sikit-sikit lama jadi bukit.Akhirnya sampai di pintu bangunan rumah kami,wow tingginya bangunan,rumah kami tingkat 4..tiba-tiba ada seorang syabab arab volunteer nak angkat barang.tanpa memikir panjang si pengembara terus menyetujui.


     Syabab Arab terus mengangkat barang-barang kami yang berat itu,dalam perjalanan naik ketingkat 4 berselisih dengan kak S..lepas tu kami biarkan sahaja syabab arab itu mengangkat sampai depan rumah.Selepas mengucapkan terima kasih,syabab arab tu terus meminta 25 qirsy,katanya nak naik bas,lalu si pengembara membelakanginya dan membuka dompet untuk memberikan wang tersebut kepadanya,tidak mengapalah,mungkin sebagai upah mengangkat barang.....


tiba-tiba........


     Si pengembara merasakan ada sesuatu yang menarik-narik beg,lalu dengan sepantas kilat si pengembara menyambar beg pengembara,semasa dalam pergelutan dengan syabab arab tersebut,bermacam-macam perkara yang berlegar-legar difikiran,lalu fikiran itu menghantar maklumat kepada pergerakan yang agak agresif itu,malangnya si pengembara tersilap menyusun kaki kerana syabab arab itu terlalu tangkas,oleh sebab mengikut rentaknya,si pengembara merasakan seperti terbang atas udara..


     Akhirnya beg itu dapat dirampas oleh si peragut tersebut,si pengembara tersungkur diatas tangga sambil memerhati dua orang housemate yang masih belum sedar lantaran kaget dengan peristiwa tersebut,di fikiran si pengembara terlalu lemah kerana didalam beg tersebut mempunyai barang yang sangat bernilai,hanya Allah sahaja yang tahu perasaan si pengembara bagaimanakah perasaan takkala tersedar bahawa beg si pengembara dirampas..


     Sangat cantik aturan Allah itu,Allah sangat-sangat mengenali hambanya..Pertolongan Allah tu datang bila-bila masa sahaja,andaikata kita menjaga hubungan dengan Allah,insyaAllah Allah akan tolong kita,percayalah..andaikata kita sama-sama melakukan maksiat,kehilangan sesuatu mungkin untuk menyedarkan kita untuk kembali kepadaNya.Sangat rasa terhina jika kita sering meminta kepadaNya tetapi seringkali kita mengabaikan hakNya,kepadaNya sahajalah kita meminta pertolongan,suatu kuasa besar yang mampu merubah segalanya dengan izinnya.


     Dengan izin Allah semua barang dalam beg si pengembara tercampak kesemuanya atas floor tingkat tiga,si pengembara bergegas menuju ke barang si pengembara tanpa memikirkan kaki yang terseliuh itu sebelum dirampas semula oleh si peragut tersebut,tiba-tiba si pengembara merasakan bahawa si peragut tersebut mengambil sesuatu dan terus berlari seperti lipas kudung,mungkin rasa takut dalam hatinya sangat kemuncak kerana dia perlu melalui dua tingkat lagi sebelum meninggalkan bangunan si pengembara.Si pengembara menghembuskan nafas lega kerana masih terdapat isi dalam dompet si pengembara..Si pengembara segera mengutip barang-barang si pengembara yang berselerak tu,tersedu sebab xjumpa telefon bimbit..lalu si pengembara mengadu kepada housemate..


"Akak,dia ambik fon"(dalam nada yang sangat lemah yang masih tersungkur dilantai)


     Perasaan sedih menguasai diri,lalu si pengembara mengambil beg untuk mengisi semula dalam beg tersebut,si pengembara tersenyum kembali kerana rupa-rupanya telefon bimbit masih berada didalam beg,sedang mengira barang-barang kepunyaan si pengembara,rupa-rupanya sebuah alquran kesayangan si pengembara tiada,yang pastinya si peragut itu tersilap mengambil sebuah alquran yang disangkakannya dompet,oleh sebab sebuah alquran itu berwarna merah jambu dan berzip,dalam keadaan kelam kabutnya matanya menjadi rambang memilih sebuah alquran lalu lari seperti lipas kudung,alquran tercampak berhampiran dengannya,mungkin itu rezekinya,rezeki bulan ramadhan.


     Kaki sangat sakit,sukar sekali untuk berdiri,tulang kaki berubah struktur dari kedudukan asalnya,seharian hanya berehat keletihan mengenang kaki yang sakit itu.mungkin ini adalah kafarah dosa-dosa si pengembara,kerana teringat satu kata-kata..


"kesakitan itu adalah dosa,ubat kepadanya kembali kepada Allah"


          Keadaan si pengembara sangat kritikal,sehingga menjejaskan solat si pengembara,ada yang menasihati si pengembara solat diatas kerusi,ya Allah betapa nikmatnya nikmat sihat itu yang mana seringkali dilupakan oleh setiap manusia itu..selepas menunaikan solat,seperti biasa ingin membaca alquran,hati merasakan sangat sebak,alquran yang sering ditatap,dibaca,dibawa tiada dipandangan mata.airmata mengalir sangat deras sehingga membasahi telekung lalu terlelap dek keletihan menangis..kehilangan amat dirasai..sehinggakan termimpi-mimpikan bahawa si pengembara berjumpa dengan alquran tersebut dan kembali ketangan pengembara..tetapi itu hanya sebuah mimpi.....


luahan hatiku:


Si peragut:"Mungkin ini adalah tarbiyyahmu dibulan ramadhan ini,dibulan berkat yang penuh rahmat dan penuh keampunan,ku berharap sahabatku ini mampu mengubah hatimu,kerana Allah lah pemilik hidayah itu.kerana dosaku,ku kehilangan seorang sahabat yang sering bersamaku,ku sangat menyayanginya,kuharap pengorbananku itu bukanlah sia-sia."


"dan jadikanlah kami ketua kepada orang-orang mukmin"


Kakak ZBI:"ana minta maaf kerana tidak mampu menjaga alquran tersebut,ana bukanlah pemelihara yang terbaik,sesungguhnya Allahlah yang sebaik-baik pemeliharaan.rasa bersalah sangat menghantui diri,sesungguhnya diriku sangat merinduimu tambahan lagi kehilangan pemberian darimu.Setiap hati-hati yang terjalin kerana Allah itu tidak akan terputus selamanya,dan ia terus mengikat antara kita walau dimana kita berada"..minta maaf sekali lagi...


Kepada housemate kakak2 tercinta(kak H,kak S) dan sahabat yang dikasihi(I & D):"Ana rasa bersalah sangat-sangat dekat antunna semua,minta maaf sangat-sangat sebab kecuaian ana rumah kita sekarang sudah menjadi target si peragut dan si perompak.Kalian,ana minta maaf sangat-sangat..semoga Allah terus meredhai kita agar kita sentiasa berada di bawah jagaanNya di bumi barakah ini.uhibbukunna fillah,


"Sesungguhnya ruh orang-orang mukmin itu sentiasa berpelukan"


-SALAM RAMADHAN DARI IRBID,JORDAN-

Thursday, June 16, 2011

FIQH LUGHAH ARABIAH:Mendekatkan kepada ketamadunan islam..

"terpana,tatkala suatu perasaan yang membuatkan peluh dinginku memercik,menghela nafas dengan kelegaan serta kerutan didahi memenuhi ruang adakah akan membawa dan memberi lorong untuk aku terus istiqamah mendampingiNya"...adakah ini ujian atau suatu kenikmatan?....


     Adakah ini satu ujian atau kenikmatan?satu persoalan yang masih buntu untuk mencari apakah jawapannya,kecintaan si pengembara terhadap sastera bahasa arab sangat mendalam mendorong dan menjadikan si pengembara seorang yang sangat degil dan digelar"budak yang berani ambil risiko".Mengembara menuntut ilmu memerlukan jihad dan kezuhudan yang tinggi,.Sebagai mahasiswi si pengembara meneruskan pengembaraannya dalam memburu ilmu kecintaannya itu,padang pasir menjadi saksi,kicauan burung menemani,kehangatan cahaya menusuk diri kebisingin kota raya tidak mampu menembusi diri yang semakin leka dengan perjalanan yang dilusuri demi menggenggam erat ilmu yang dicari itu..



     "ambil fiqh luqah arabiah?apa itu?senior pon xpenah ambil"
     "xnak ambil minor syariah ke?nanti madah tu terbuang kalu ambil minor syariah"
     "kamu tahun satu,madah tu untuk tahun 4 lah"
     "takhasus adab kalu xambil minor lama-lama dia makin susah"
      
    Si pengembara faham sahaja,kebanyakan sahabat sastera adab yang lain memilih bahasa arab bukan kehendak sendiri,maka si pengambara menyokong kalian mengambil minor mengikut pilihan masing-masing,cause everyone have a choice.Tetapi mengapa sukar sekali si pengembara mendengar kata-kata semangat dari semua,bahkan kata-kata kalian terus membakar semangat untuk si pengembara memburunya demi kalian semua,si pengembara hampir ingin bercerita satu dunia bahawa kesusahan yang dialami ketika menuntut ilmu ini membuatkan si pengembara menghela nafas lega takala menikmati ilmu yang didambakan sebelum ini,memburu kesuluruhan bahasa Arab yang mana asas mendekatkan diri kepada asal usul agama si pengembara sendiri seterusnya memberi lorong untuk si pengembara bermunajat kepada sang Pencipta dengan penuh kecintaan dan syahdu..(Sesungguhnya ini ketentuanMu ya Allah,permudahkan aku seperti mana Engkau permudahkan ulama'-ulama' terdahulu...faqihkan aku dalam agamaMu,faqihkan aku dalam urusanku..ameen) 



 "sesiapa yang Allah mahukan dengannya kebaikan,maka difaqihkan dia dalam agama"


sedikit perkongsian ilmu fiqh luqah arabiah:-


first time dengar,macam-macam tanggapan yang diberikan terhadap ilmu Allah ini


"betullah,dah tidak ambil minor syariah mesti fiqh luqah ni menggantikan madah syariah yang lain kan"


rupanya itu bukanlah jawapannya,fiqh itu luas,dia bukan hanya tertumpu kepada syariah,tetapi dia adalah satu ilmu yang dinamakan sebagai ulum fiqh...tetapi kenapa apabila disebut fiqh terus dinisbahkan kepada ilmu fiqh wa usuluhu,feqah?kerana ingin memuliakannya sebagai ilmu agama sepertimana kata-kata ibnu athir:


"maka sesungguhnya menjadikannya pengetahuan khas dengan ilmu syariah kemuliannya Allah swt dengan takhsis dengan ilmu furu'..."


     Pada kurun ke empat hijrah,ibnu faris mengasaskan kitab"sohabi fi fiqh luqah wa sunan arabi fi kalamiha" yang mana disitu dia mengutamakan dan mengambil berat tentang undang-undang dan diteruskan pula oleh abu mansur tha'labi yang mana hasil penulisannya diberi nama "fiqh luqah wa sir arabiah"...melihat kepada pengasasannya yang agak lambat ini,bukan bermakna ilmu fiqh luqah itu tidak wujud sebelum ini,tetapi dia tidak dibukukan lagi..hasil karangan ibnu jinni dan sayuti dalam kitab mereka fi "khasais" dan "almazahir fi ulum luqah wa anwa'uha"   sebelum ini sudah dikarang tetapi sunyi daripada tajuk kitab fiqh luqah,tetapi masih menekankan perkara yang sama..Apabila sebut pasal fiqh luqah,ia bukan tertumpu kepada luqah arabiah sahaja,tetapi ia menyeluruh mengetahuannya mengenai bahasa lain juga...



fiqh luqah pada pandangan arab:


       Disepakati bahawa mereka mengambil dari segala aspek,aspek kepentingan bahasa,penubuhannya,lahjahnya seperti mana kita belajar undang-undang bahasa arab yang merangkumi nahu,sorf,aswat,balaghah dan lain-lain..tetapi fiqh luqah lebih menekankan kepada sejarah bahasa arab itu sendiri..bahasa arab sangat berbeza dengan luqah 'ibriah,wa aramiah..fiqh luqah arabiah ia terikat dengan alquran karim dan assunah nubuwah syarifah,pada peringkat awal para luqawin arab mengambil berat lebih kepada aswat(sebutan),:


1)jelas sebutan


2)selamat sebutannya


3)mendalami lafaznya


     Bahasa arab bahasa yang sangat istimewa kerana ia adalah bahasa pertuturannya hidup,yang boleh dimusytaqkan kepada pelbagai jenis ishtiqaq..manakala bahasa lain adalah bahasa pertuturan yang mati,contohnya,memerlukan pengulangan atau murakab jika ingin meramaikannya..


    Bahasa pada pandangan arab ia merangkumi semua aspek pembeljaran,tanpa perlu mengambil sabjek khas untuk mempelajari ilmu fiqh luqah ini,sepertimana luqah lain yang memerlukan kepada ilmu falsafah luqah untk mendalami bahasa.bagi para luqawin arab,ilmu fiqh luqah ini sangat penting kerana bahasa arab merupakan bahasa pertuturan yang hidup,untuk mengaplikasikan kata-kata yang bakal dipertuturkan...


fiqh luqah pada pandangan barat:-


    Diasaskan pada kurun ketiga sebelum miladi di university iskandariah mereka lebih menitik beratkan syarah qosoid yunani contohnya ilyazah dan audisa lihumerus dan lain-lain lagi.Mereka perlu belajar falsafah bahasa jika ingin mendalami ilmu fiqh luqah ini,yang mana bahasa yunani terkesan dengan pemikiran arosto yang mana sangat berbeza dengan arabiyin.


  Sepertimana para luqawin hunud terhadap bahasa hindi,yang mana lebih ditekankan kepada kitab suci,mereka belajar manhaj wasfiyan wa taqriran.


   Pada zaman pertengahan pula mereka mempelajari 2 bahasa iaitu bahasa latin dan yunani,luqah latiniah penghubung kepada menghormati antara individu dan masyarakat..manakala bahasa yang ketiga adalah bahasa 'ibri(israel),mereka beranggapan bahawa bahasa mereka adalah bahasa syurga..pada awal kurun 19 masihi tersebarlah luqah sansskrit lama..


   Pada pandangan barat mereka mempunyai pelbagai kitab perbandingan yang dikarang oleh a'lim almani schlegel,franz popp,rasmus rask........dan banyak lagi perbahasan yang diperbahaskan.


    Antara arab dan barat mempunyai takrifan sendiri tentang fiqh luqah,tetapi maksud fiqh luqah dan ulum luqah yang asal adalah satu iaitu..


FIQH LUQAH;Perhubungan untuk mempelajari ketamadunan dahulu,sastera yang diwarisi dan jalan untuk membahagikan bahasa kepada cabang-cabangnya,dan perbandingan wujud antaranya untuk menceritakan nusus dahulu yang bermatlamatkan ketamadunan kemanusiaan iaitu(manhaj mi'yari ta'lili)


ULUM LUQAH;Mempelajari bahasa bermatlamatkan pada zatnya,melalui jalan mensifatkanya,tempat-tempatnya dan haknya seperti aswat,nahu,sorf dan dalil-dalilnya iaitu(manhaj wasfi maudu'i)


   Akhir kalam ini adalah sedikit perkongsian si pengembara pada muqadimah fiqh luqah arabiah,fardu kifayah ilmu ini..tetapi si pengembara sangat menyukainya,


"menjadi fardu ain kepadaku jika tidak ada orang melayu yang mengambilnya"..


kerana ingin menjadi serikandi silam bukanlah semudah yang disangkakan,biar setiap hela nafasmu mnjadi saksi bahawa jiwamu sedikit pun tidak sunyi menanggung derita itu demi sinar  
kegemilangan islam...Letih terubat dengan kepuasan ilmu yang direzekikan Allah kepada si pengembara,kepuasan menuntut ilmu itu penting melebihi ganjaran dunia semata-mata...Pandangan Allah itu melebihi segala-galanya,insyaAllah........moga si pengembara terus beristiqomah dalam melawan arus yang sedang dilalui...


"sesungguhnya aku sudah jatuh cinta,kalian berilah semangat kepadaku teruskan perjalanan yang pedih dan menyakitkan ini"


"semakin aku mencintainya samakin aku mencintai si pencipta perasaan,alhamdulillah"


Sunday, April 17, 2011

Sang Musafir Pencari Ilmu

     Diri ini sudah lama tidak mengembara dialam maya,banyak perkara yang bermain difikiran yang masih belum selesai menyebabkan tidak sempat untuk menulis diruangan blog ini.Kadangkala masa yang diperuntukkan terhad,tetapi sebagai seorang muslim seharusnya 24 jam itu sudah cukup untuk ia meluangkan masanya dengan perkara yang berfaedah.Liku-liku dalam mentarbiyah diri bukanlah mengambil masa yang singkat,ia dipenuhi dengan onak duri dalam melawan kehendak diri..Kadangkala diri ini mengeluh sedih tidak mampu memberikan yang terbaik untuk semua orang,tetapi apakan daya semua itu haruslah atasi secara bijak.
     Sebagai mahasiswi takhasus bahasa arab bukanlah mudah untuk kita mendalami sastera berlainan bahasa dan kebudayaan serta uslub-uslub yang digunakan,tetapi apa yang perlu diingatkan menuntut ilmu itu bukan semudah menguyah gula-gula atau meneguk air mineral ketika kehausan,ia memerlukan mujahadah yang sangat tinggi,semua itu berlaku dengan kehendak Allah SWT..Tanggungjawab sebagai seorang hamba  dan seorang anak itu haruslah dipikul walaupun dalam keadaan sulit sekalipun,Allah SWT tidak rugi apa-apa jika kita tidak mahu mengikut perintahnya,tetapi diri sendiri yang rugi jika tidak mampu mentaatiNya,dan ibu bapa pula juga mendambakan kebahagian anak-anak dan kejayaan dari anak mereka.Lantas diri ini sibuk untuk mengimbangkan keduanya,perjalanan kepada matlamat itu banyak menyelitkan kisah-kisah duka dan rasakan diri ini terlalu degil ketika menghadapinya.
     Kedegilan yang menguasai diri seringkali menyebabkan kata-kata yang terucap menemui penyesalannya.Apa yang perlu diingatkan setiap kata-kata yang terzahir itu akan dihisab,pendekatan yang terbaik ialah sebelum berbicara berfikirlah,adakah kata-kata yang bakal dilafazkan itu mendapat keredhaan Allah atau sebaliknya.Jika tidak mampu bercakap perkara yang bermanfaat maka diam itulah yang terbaik buatmu,kerana kata-kata yang terzahir itu dapat melambangkan diri kita dan ia juga mampu mengaibkan diri kita andai kita tidak mampu mengemudi lidah kita dengan baik.

     Proses mendidik jiwa dan kehidupan Sang Musafir Pencari Ilmu bukanlah semudah yang disangkakan,banyak benda yang seringkali bermain difikiran,adakah fikiran ini sudah dewasa untuk memikirkan segalanya dengan baik?Adakah apa yang diputuskan terbaik untuk semua?,teringat satu kata-kata:hikmah syuyukh wa hamasa syabab,adakah hamasa syabab menguasai diriku sehingga tidak mampu menjadi profesional?-apabila fikiran itu disertakan dengan Allah hasilnya menjadi lebih matang dan profesional-...

     Pendamba ilmu Allah itu menginginkan dirinya sentiasa dipenuhi dengan ilmu yang bermanfaat dan mampu menyelamatkannya nanti serta mampu bermanfaat kepada orang lain.Keinginan menguasai diri untuk terus bermusafir dipolosok dunia untuk memburu dan terus memburu ilmu Allah SWT,kerana ilmu Allah itu sangatlah luas,maka rugilah kepada sesiapa yang tidak mahu memanfaatkannya,TETAPI disebabkan sebagai seorang muslimah itu bukanlah jalan yang terbaik untuk terus berseorangan mengembara dibumi Allah ini,kerana wanita itu adalah fitnah setiap langkahnya keluar dari rumah maka berpusu-pusulah syaitan berlumba-lumba untuk menghiasinya dan tempat yang terbaik bagi wanita solehah itu dirumah iaitu disisi suami dan anak-anaknya,walaupun diri tidak terdaya dan tidak kuat harap diriku tidak terus berkeras untuk menerima tetapan dari Allah SWT itu,kerana aturan Allah itu tersangatlah indah jika kita mampu melihat dengan mata hati,seringkali airmataku menitis memikirkan diri yang masih kekeringan ilmu didada.Pasrah dengan ketetapanNya itu yang terbaik,dan aku mengimpikan bakal pendamping hidupku nanti juga mencintai apa yang aku cintai,walaupun bukan diriku yang memenuhinya tetapi orang yang paling hampir denganku merealisasikannya..ameennn....
     Apabila bercakap soal balik Malaysia,sememangnya semua merindui keluarga,sanak saudara di Malaysia,Ya diriku sangat merindui keluarga di Malaysia.Tetapi hati kecilku berbisik,adakah aku mampu berhadapan dengan keluarga dan masyarakat sekeliling,walaupun sudah hampir setahun berada diperantauan tetapi terasa diri ini masih fakir dengan ilmu,sedih dan gelisah menghantui jiwa yang kekosongan ini.Memikirkan tujuan utamaku,dan niatku takkala mendaratnya kapal terbang  di Queen Alia Airport,Jordan,maka terubatlah rindu dihati,MUJAHADAH!!!!!..Teringin aku memberitahu mereka bahawa aku sudah dewasa,dan bukan lagi seperti keanak-anakkan yang suatu ketika dahulu tidak langsung dihiraukan..
     Ketika menghirup udara segar di Mafraq saat itu terbayang dan terlintas difikiranku sesuatu yang menyebabkan hati yang lemah ini terus hiba,teringat para sahabat dan ulama' yang terdahulu,mereka bukan sahaja mahir dalam bidang mereka bahkan mampu menguasai bidang lain.Diakhir zaman ini Allah akan menarik ilmu itu dengan mematikan para-para ilmuwan,memikirkan tentang diriku,aku terus termangu kerana diriku masih lagi kegersangan ilmu,adakah ilmu yang aku miliki sekarang seiring dengan mustawaku,mustawa mahasiswi luar negara,dimanakah kualiti itu,dalam bidangku sendiri aku tidak mahir?aku bukan budak darjah satu yang masih lagi teraba-raba mengenal erti kehidupan,adakah aku gagal melawan arus??bagaimana pula tanggungjawabku sebagai seorang daie??iaitu tanggungjawab memikul amanah yang disunahkan Rasulullah SAW.

     Ramai orang yang mampu mengikut sunah Rasulullah SAW secara sempurna,tetapi berapa ramai orang yang mampu mengikut sunah terbesar Rasulullah SAW iaitu dakwahnya.Sesiapa yang mengaku lailahaillallah muhammadurasulullah dia adalah daie,tidak kira apapun bidangnya.Tangungjawab itu tidak akan terlepas,dakwah itu mesti walaupun dalam keadaan keseorangan,Untuk menyelusuri kehidupan yang fana' ini penuh dengan kedukaan dan kesengsaraan menuntut sejuta pengorbanan dan kesabaran..Moga aku terus istiqomah di atas jalanNya..
WAllahu A'lam
-irbid,jordan-

Thursday, March 17, 2011

الواقعة=Keadaan 3 Golongan Pada Hari Kiamat

       Apabila terjadinya hari kiamat,pada hari itu  tidak ada siapa yang dapat menyangkalnya atau mendustainya,apabila mulut dikunci dan semua anggota menjadi saksi.Pada hari itu juga ada golongan yang ditinggikan martabatnya oleh Allah,dan pada hari itu jugalah ada golongan yang direndahkan martabatnya oleh Allah SWT....Pada hari itu terbahagi kepada 3 golongan iaitu المقّربون(orang yang paling dekat dengan Allah SWT),الميمنة(golongan kanan),المشئمة(golongan kiri)..
المقّربون(1(orang yang paling dekat dengan Allah SWT)
        Iaitu orang yang terdahulu memasuki syurga,berada dalam syuirga yang penuh kenikmatan.Segolongan besar yang tergolong dalam golongan ini ialah golongan yang terdahulu,dan sebilangan kecil dari golongan yang terkemudian(umat nabi Muhammad)..

Monday, March 7, 2011

Ya Allah...Siapakah aku..


Setiakah laungan fisabilillah mu..??!
atau kau sekadar ikutkan teman..?
jujurkah sahutan perjuangan mu..??!
atau kau mahukan 'tittle' seorang pejuang..?
ikhlaskah pengorbanan jiwa mu..??!
atau kau mengharapkan sanjungan..?
di jalan Rabb mu kah kamu..??!


bisikan akal yang dijawab iman..
merentap segenap inci tubuh..
siapakah aku sebenarnya..??
hamba kah aku..?
sedang fitrah hamba itu taat..
tapi aku..?

'tidakkah kau MUNAFIK di jalan Rabb mu..??'
'laranganNya kau lakukan,betul..??'
'suruhanNya kau pilih-pilih,betul..??'
'sunnah kekasihnya kau abaikn,betul..??'
'dan kini kau megah menggelar dirimu hamba..??'
'dan kini kau megah menggelar diri mu daie..??
'layakkah engkau..??!' 'layakkah engkau..??!'


diri mula rebah menyembah..
tiada lagi berdaya melangkah..
layak si tua dibaluti usia muda..
ketar bibir mengucapkan dakwah..
lemah lutut ber'tittle'kn munafik..

aku di medan itu,namun aku kaku..
aku di medan itu,namun aku kelu..
seakan pasrah ditujah segala..
seakan hilang laungan lalu..
pasti mereka kecewa dengan ku..
pasti Dia lebih benci melihat diriku..

pandangan ku kabur..
sekabur jalanMu yg ku abaikn..
perit jiwa ku tahan..
bertemankan titisan pilu..
ku renung ia dari kejauhan..


Ya Allah,Kau yang Maha Tahu..
perasaan ini terlalu mencengkam..
sedang aku makin layu..
Kau Yang Maha Tahu..
aku terlalu ingin kembali..
aku terlalu ingin kembali..
membawa diri hina ini jauh pergi..

biarlah ku sucikan dahulu karat jiwaku..
izinkan ku gilap kembali semangat juang ku..
sebelum ku layak melangkah di medan itu..
medan yang terlalu mulia buat insan semacam aku..
Kau mudahkahlah Ya Allah..
andai ada hayat ku..
Ku pohon padaMu Ya Allah..


allahumma anta robbi zolamtu nafsi..
waillam taghfirli wa tarhamni..
la akunanna minal khosirin..
allahumma anta robbi..
a'inni a'ala zikrika wa syukrika..
wa husni min i'badatik..
allahumma anta robbi..
taqabbal minni du'ai..
innaka antassanmi'ul a'lim..
watub aliyya ya Allah..
innaka anta tawwaburrahim..

Saturday, March 5, 2011

COUPLE ISLAMIC

    "Dan janganlah kamu mendekati zina,sesungguhnya zina itu satu perbuatan keji,dan satu jalan yang buruk"-al-isra' 32-
    
    Ada dua orang pasangan yang ingin mengislamickan couple mereka,pendek kata mereka hendak mnghalalkan couple mereka...Lalu kedua pasangan ini memakai pakaian mengikut syara',si lelaki memakai pakaian sehingga berkopiah manakala si wanita bertudung labuh,menutup aurat semua..Perbincangn mereka berdua selalu berkaitan tentang agama,seperti setiap hari memberikan tazkirah,mengejutkan solat subuh,qiamulail,serta saling menegur jika diantara mereka melakukan kesilapan yang Allah tidak suka...Mereka selalu keluar bersama,si lelaki berjalan di hadapan,si wanita berjalan dibelakang,apbila duduk mereka duduk berjauhan sedikit.
    Pada suatu hari,mereka keluar bersama seperti biasa,mereka makan berdua-duaan serta berbual tentang agama,tiba-tiba ada seorang mualaf datang kepada mereka,mualaf tersebut bertanya kepada mereka"adakah kamu berdua sepasang suami isteri?"...
Mereka menjawab:"tidak,tapi cara kami ini dinamakan COUPLE ISLAMIC"..
Selepas itu mualaf tersebut berkata;"izinkan saya duduk disini?"..
Selepas itu mualaf tersebut berkata;"Sebelum saya masuk islam,saya suka makan babi,kalau saya tidak makan babi saya akan masuk ward,semasa saya masuk islam,masalah utama yang saya perlu atasi adalah dari makan babi,beberapa hari saya terlantar diward disebabkan saya tidak makan babi..Lalu saya ambik inisiatif untuk menghalalkan babi tersebut,lalu saya beli babi dan saya mandikan dia sehingga suci,saya mengalunkan azan pada telinganya,saya berceramah dekat babi tersebut,lalu saya menyembelihnya mengikut cara islam.
    Selepas saya menyiapkan hidangn semua,saya menjemput seorang ustaz untuk menikmati hidangan tersebut,saya terus menceritakan kepada ustaz tersebut apa yang saya dah buat pada babi tersebut sehingga boleh makan...
 Lalu ustaz itu membalas;"babi adalah perkara yang diharamkan Allah,bagaimana usaha kita sekalipun hendak menghalalkan babi tersebut,dengan menutupinya dengan perkara halal sekalipun tetap jadi haram,jadi hidangan ini haram dimakan"...
  
    "Sesungguhnya Dia hanya mengharamkan atasmu bagi bangkai,darah,daging babi,dan daging haiwan yang disembelih selain menyebut nama Allah....."-al-baqarah 173-
   
     "Apabila saya mendengar penjelasan ustaz tersebut lalu terus meninggalkan hidangan tersebut,dan apa yang boleh saya dan anda berdua ambil dari sini ialah;
    "Matlamat yang tidak mengikut syara' tidak menghalalkan cara,apabila orang menegur kita,kita tidak boleh kata,ada aku kisah!tp kita tidak mengikut syara'..tapi kita boleh kata ada aku kisah!asalkan aku mngikut syara'(bukankah akhir zaman ini perkara halal dinampak pelik,perkara haram dianggap biasa)..
 Rasulullah pernah bersabda:Jangan sampai kamu tidak pelik melihat perkara maksiat..
Ustaz zainal asri pernah berkata;Lelaki dan perempuan tidak boleh duduk berdua-duaan meskipun untuk mengajar alquran...
Kita boleh tengok kan,syaitan mampu menggoda kita walaupun kita sedang melakukan perkara kebaikan..