THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Saturday, January 8, 2011

FATIMAH;Wanita pembantu perjuangan Rasulullah SAW

Fatimah adalah puteri bongsu Rasullullah SAW,dia digelar az-Zahra'(yang cemerlang)..Ayahanda Fatimah bernama Muhammad bin Abdullah penghulu para nabi.Ibunya bernama Khadijah binti Khuwailid.Suaminya bernama Ali bin Abi Talib,cucu Abdul Mutalib,keturunan mulia daripada bani Hasyim,pemuda Quraisy yang bijaksana dan pahlawan islam yang handal.Buah perkahwinannya dengan Ali membuahkan dua putera:Hasan & Husin,kedua-duanya adalah permata Rasulullah SAW dan mawar wewangian baginda.Hasan & Husin adalah pemimpin pemuda penghuni syurga...


   Garis takdir Fatimah telah ditentukan oleh Allah di mana dia hidup dan dibesarkan dalam naungan Madrasah Nubuwwah(nuansa kenabian) dan pangkuan Rasulullah SAW,Fatimah membesar sejalan dengan kebesaran dakwah islamiyyah,ruh Fatimah sejalan dengan ruh islam itu sendiri.Fatimah lahir dan membesar di bawah naungan asuhan lelaki paling sempurna dan wanita sempurna sepanjang zaman.
bukit safa
   Fatimah menjadi saksi hidup perjuangan ayahnya dalam menyebarkan agama islam,Fatimah melihat,mendengar,merasakan setiap derap langkah dakwah ayahandanya itu.Rasulullah SAW menyeru kepada agama islam bermula daripada ahli keluarga dan kerabat terdekat dan kemudian pada kaumnya sebelum akhirnya kepada seluruh umat manusia.Rasulullah SAW menerangkan kepada mereka tentang peringatan dan perintah Allah.Hal itu dimulakan dengan berkhutbah di atas bukit Shafah.Rasulullah SAW memperingatkan mereka supaya menjauhi perilaku kekufuran kaum musyrikin.Reaksi keras daripada kaum musyrikin Mekah dan sikap diskriminatif mulai menerpa Rasulullah SAW,mereka menolak bahkan menentang ajaran yang diseru kepada mereka.


   Semua perbuatan keji,tekanan serta pengasingan yang dialami Rasulullah SAW itu disaksikan Fatimah dengan mata kasarnya.Fatimah merasakan kepedihan yang dirasakan ayahandanya,dia dengan kejernihan fikirnya mengeji perbuatan kaum musyrikan.Fatimah menyesali sikap mereka yang berlaku buruk kepada ayahandanya,yang tidak mahu menerima seruan ayahandanya,serta berkata kepada putera-puteri musyrik bahawasanya bapa-bapa mereka adalah sesat dan menyesatkan.Fatimah bahkan mengejek berhala-berhala yang menjadi sembahan mereka.


   Sejalan dengan lajunya waktu,permusuhan kaum Quraisy terhadap dakwah Rasulullah SAW semakin sengit.Para kafir Quraisy tidak sahaja memberikan tekanan mental kepada Rasulullah SAW dan pengikutnya,mereka juga menyekat hidup dan kehidupan baginda dan para pengikutnya.Fatimah bersama ayahandanya hidup dalam pengasingan aksi boikot dan sekatan yang dilakukan para kafir Quraisy.Fatimah turut merasakan kepahitan dan kegetiran hidup yang menerpa diri ayahandanya dan para sahabatnya.Fatimah merasakan tekanan itu secara peribadi,sama ada melalui perkataan mahupun perbuatan buruk yang dilakukan kaum kafir Quraisy terhadap dirinya.


   Fatimah menyaksikan,merasakan dan menyentuh semua kegetiran perjuangan ayahandanya dalam menegakkan agama Allah.Semua duka nestapa perjuangan dakwah baginda terpateri di kalbu dan benak Fatimah,mengalir dalam memori rasa dan ingatan seperti arus elektrik.Fatimah juga turut berjuang menyingkirkan noda kotoran perjuangan yang mnyakitkan ayahandanya,terkadang melalui kedua belah tangannya atau dengan airmatanya.
 Islamic_Image_1.gif such a blessful place
   Dalam riwayat dinyatakan,suatu hari Rasulullah SAW solat di Kaabah-sebahagian masyarakat musyrikin yang sombong dan bongkak sedang duduk-duduk di tempat solat baginda.Salah seorang daripada kafir Quraisy mendatangi Rasulallah SAW yang sedang mendirikan solat.Dengan sombong orang itu melempar Rasulallah SAW dengan najis unta.Walau bagaimanapun baginda tetap teguh melakukan solatnya,hingga datang Fatimah lalu menyingkirkan kotoran dari tubuh ayahandanya.


   Dalam riwayat lain dicatatkan,pernah pada suatu hari Ummu Jamil isteri Abu Lahab melemparkan kotoran najis di depan rumah Rasulullah SAW.Fatimah membantu ayahandanya menyingkirkan kotoran-kotoran itu dengan tenang dan sabar.Fatimah bahkan berusaha membersihkan kotoran-kotoran yang dilemparka Ummu Jamil itu sehingga rumah Rasulullah SAW bersih seperti sediakala.

   Di hari lain,Ummu Jamil si kafir jahat itu bersua dengan Rasulullah SAW,dia lau melemparkan tanah keras ke atas kepala baginda.Walaubagaimanapun,baginda tidak membalas perlakuan buruk yang dilakukan ke atasnya sebaliknya baginda kembali ke kediamannya dengan kepala berlumuran darah.Melihat ayahandanya datang dengan kepala berdarah-darah seperti itu,Fatimah tiada kuasa menahan buturan airmatanya.Dia dengan pantas membersihkan darah yang bercampur tanah di kepala ayahandanya sambil menangis pilu.Muhammad SAW begitu kagum dengan rasa empati puterinya itu.Ada beban berat yang memenuhi dadanya,apabila melihat puteri bongsunya menitiskan air mata meratapi kepedihan yang dialaminya..

   Para psikologi mengatakan,seorang ayah betapapun kejamnya dia,dia akan luluh hatinya jika melihat anak-anak kecil mereka menangis kesedihan,apatah lagi jika tangisan itu demi ayahnya sendiri.Maka tatkala Rasulullah SAW melihat air mata puterinya mengalir dikedua pipinya,baginda mendakap anaknya erat-erat dan menasihatinya untuk tabah.Baginda menghiburkannya dengan untaian kata-kata yang menyejukkan hati,"jangan menangis wahai puteriku,kerana Allah melindungi ayahandamu".


   Pergolakan dakwah itu terus berlngsung,para kafir Quraisy tidak henti-henti mengganggu dan menghalang gerakan dakwah Rasulullah SAW dalam menegakkan agama Islam.Rasulullah SAW melayani karenah mereka dengan sabar dan jiwa yang beristiqomah,hingga datang perintah Allah supaya berhijrah ke Madinah.Rasulullah SAW ditemani sahabat karibnya Abu Bakar nmelaksanakan hijrah.Setelah teguh diMadinah,baginda menugaskan Zaid bin Haritsah dan Abu Rafi' pergi ke Mekah untuk membawa pulangnya ke bumi Madinah.


   Kedua-duanya melaksanakan perintah Rasulullah SAW itu dan kembali ke Madinah dengan membawa isteri baginda;Saudah binti Zam'ah dan kedua-dua puteri baginda iaitu Fatimah dan Ummu Kaltsum.Mereka menetap di negeri Islam yang baru itu sehingga Allah memanggil baginda ke pangkuan-Nya.Fatimah menyertai Rasulullah SAW di bumi Madinah hingga Rasulullah SAW wafat.
    wallahua'lam

0 comments: