THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Tuesday, January 25, 2011

LIKU-LIKU PERJUANGAN YANG BERMATLAMAT

Bismilahirrahmanirahim..
  Tanggungjawab sebagai seorang da'ie itu pastinya amat berat,takkala ketika berada di dalam perjuangan duji dengan plbagai ujian yang kita sendiri tidak jelas dengan keputusannya.Apabila ujian yang melanda,kita menggunakan akal yang berteraskan iman dan memikirkan secara positif,impaknya sangat jelas bagi sesiapa yang menghayatinya...kemanisan didunia tidak menjamin kemanisan di akhirat sana,kerana ia lebih bersifat  sementara dibandingkan dengan kebahagian hakiki.
Anologi tentang kehidupan ini,ada seekor kucing sedang kelaparan,kita melemparkan kearahnya seekor ikan,dia akan menikmati ikan tersebut dihadapan kita dengan hati yang tenang tanpa gelojoh,sebaliknya bandingkan dengan seekor kucing yang kedua,yang mana dia mendapatkan seekor ikan itu dengan hasil mencuri,perkara pertama yang dia akan lakukan ialah dia akan melarikan diri sejauh mungkin,yang kedua dia menikmati ikan tersebut dalam keadaan gelojoh,curiga,memerhati sekeliling dikhuatiri dilihat orang,adakah ini dapat dinamakan bahawa haiwan tersebut dapat membezakan antara hak dan batil??..Ayuh!bangunlah dari dirimu yang lesu,gagah menggalas amanahmu di muka bumi,yang hak mendabik,yang batil tersungkur layu...
  Kebahagiaan yang dicari bukanlah kepentingan diri semata-mata,tetapi kemaslahatan orang ramai.Kita tidak seharusnya memikirkan pemikiran kita boleh menyebabkan orang lain menerima hakikat itu,sebaliknya kita memikirkan kesan daripada keputusan itu,dengan bantuan Allah,insyaAllah segalanya menjadi mudah dan lapang menerimanya..Ya Allah permudahkanlah aku dalam membuat keputusan secara adil,tanpa menganiaya mana-mana pihak.Apabila kita menganiaya hambaNya,tunggulah azab daripadaNya,janji Allah itu pasti.Cinta Allah terhadap manusia amat tinggi sehingga kita sendiri tidak dapat mengagak banda itu baik atau buruk untuk kita.

"boleh jadi kamu tidak mnyenangi sesuatu,padahal itu baik bagimu dan boleh jadi kamu mnyukai sesuatu,padahal itu tidak baik bagimu.Allah mngtahui,sdngkan kmu tidak mngtahui"-albaqarah 216-Apabila diri diperkemaskan dengan sebarang kemungkinan,pasti kepedihan,kesakitan itu dirasakan sangat manis,percayalah ujian itu manis jika disandarkan kepada Khalik semata-mata.Adakah kamu layak mencintai mkhluk sebelum mendapatkan cintaNya secara mutlak?.Mencintai dan dicintai Sang Pencipta antara kenikmatan yang paling indah,apabila kita menjaga hubungan dengan Allah,Allah akan menjaga hubungan kita dengan manusia seperti mana kita meletakkan sesuatu pada haknya(adil).

  Kematangan dalam membuat keputusan itu sangat penting,umur bukanlah menjadi salah satu pengukur untuk menentukan kematangan seseorang tersebut,tetapi melihatlah kebijakannyadan kecekapan dalam menyelesaikan masalah tersebut.Kerana keputusan itu melihat kepada jangka masa yang panjang,maka rugilah seseorang itu jika ia membuat keputusan mengikut perasaan,kelak diri sendiri akan binasa,wallahua'lam....
-irbid,jordan-

5 comments:

PERINDU SYAHID said...
This comment has been removed by the author.
Mutiara Islam said...

"Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman."

-ali imran:139-

Aliyah Al~Istiqamah said...

segannye dengan masilah
posting terlalu matang x mcm kite T_T

Anonymous said...

insyaAllah masilah..
kami akan sentiasa disisimu untuk menguatkan perjuangan kita.
semoga Allah sentiasa memandu jalanmu dan tujuan utama kita hanyalah utk mencapai mardhatillah...
meskipn nanti mgkin kehilangan akan tetap dirasai sekiranya ia slh satu dpd takdir Allah yang pasti.
^_^

PERINDU SYAHID said...

semoga perjuangan kita semata-mata lillahitaala dan rasulnya,mempertahankan hak tanpa kepentingan peribadi,rasulullah pernah bersabda:aku akan memotong tangan meskipun yang mencuri itu Fatimah..Adilkan rasulullah,contoh teladan sepanjang zaman..