THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Thursday, January 20, 2011

KEMBARA DA'IE

    Ya Allah sudah sekian lama diriku tidak merasai nikmat kebahagian akhirnya aku kecapi hari ini,ku genggam erat tugasku sebagai khalifah diatas muka bumi ini semakin mencabar seiring dengan kemajuan dunia sekarang yang sedang rancak berlumba-lumba untuk mencapai matlamat duniawi semata-mata.ya 20.01.2011 seorang khalifah Allah yang diamanahkan oleh Allah kepada kakakku dan abang iparku,sudah sekian lama mereka menanti akhirnye kebahagian itu kembali mewarnai kehidupan mereka,btul kan,tidak rugi kita bersabar dan redha dengan takdir Allah,semuanya berhikmah natijahnya samada lambat atau cepat.
              Allah berfirman:Bersangka baiklah kamu terhadap Allah,sesungguhnya Allah itu sebaik-baik sangkaan....perkara kedua yang menyebabkan hati aku ingin memberitahu semua orang bahawa akulah insan yang paling bahagia kerana najah di markaz luqah,sudah beberapa hari hatiku dhantui perasaan takut,akhirnya terjawab hari ini,Alhamdulillah...

      Kembali kepada kebahagian keduaku,Semua kejayaan dan kegagalan adalah ujian daripada Allah,kejayaan disisi Allah ialah seseorang itu berusaha bersungguh-sungguh untuk berjaya,tetapi amat berat dan sukar untuk menerima setiap kali ditimpa kegagalan,adakah aku ni kufur nikmat??adakah aku tidak beriman dengan qhodo’ dan qhadarNya??betapa sukarnya diri ini mendidik jiwa yang gersang dan kontang,untuk mencapai maqam ikhlas dalam diri amat sukar,kerana 3 perkara yang menyebabkan ibadah seseorang hamba Allah diterima ialah:

1)I’tiqod yang soheh

2)ikhlas

3)bersetuju dengan apa yang disyariatkan oleh Allah.
 
     Kegembiraan ketika kesenangan dan kegembiraan ketika ditimpa musibah,itulah yang dinamakan redha kepada Allah,ku memegang genggam erat bait2 indah ini,tetapi semakin hari jiwaku merontah-merontah apabila berbatu-batu ditimpa ujian daripada Allah,kadangkala ku tersungkur,ku lantas bangun walaupun diri ini merasakan terlalu berat untuk melangkah dan mara.

             Firman Allah:sesungguhnya Allah tidak membebankan hambanya melebihi kemampuan hambanya itu.Hambu Mu memohon janganlah kurangkan ujian keatasku,tetapi kuatkanlah imankan ku takkala ku ditimpa ujian,sesungguhnya seseorang itu tidak dianggap beriman selagimana dia tidak diuji oleh Allah.

      Selari dengan kelahiran seorang kalifah dimuka bumi,ku berharap agar kelahiran ini tidak sia-sia dan dialah yang menjadi salah satu penyambung rantai-rantai perjuangan rasulullah SAW.Ya Rasulullah umatmu merindui mu,dirimu amat sempurna,engkaulah insan yang  paling layak dijadikan idola sepanjang  zaman,tiada seorang hamba Allah pun yang dapat menandingi kesempurnaanmu,apabila dirimu melihat umatmu sekarang,betapa sedihnya dirimu.Kadangkala aku sendiri tidak mampu menghadapi tohmahan-tohmahan apabila sedang menyambung rantai perjuanganmu,kesakitan ,kesedihan sudah menjadi sebati dalam hidupku,tetapi siapakah  yang akan menyambungnya kalu bukan kita??apabila mengenangkan nasibku,diriku menjadi lebih kecil dan tiada apa-apa dibandingkan dengan dirimu Ya Rasulullah SAW,liku-liku perjuanganmu lebih mencabar dari apa yang aku alami sekarang.
  
      Bertambah sedih lagi apa yang aku lakukan sekarang ditentang oleh ramai orang,termasuk orang-orang berhampiran denganku,dihina dengan perjuanganku,ku merasa amat pedih,sedih,tetapi aku faham ini bukan salah mereka,mereka berkata sedemikian kerana  mereka sendiri yang tidak memahaminya,akulah bertanggjawab untuk membawa mereka mengenal erti perjuangn,menegakkan khalifah minhaj ila nubuwwah,kerana hasil perjuangan itu bukan mengambil masa yang singkat...Ya Allah istiqomahlah aku dijalan yang Kau redhai.

0 comments: