THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Friday, August 19, 2011

21 OGOS:HARI QUDS SEDUNIA

Peristiwa Bersejarah Pada 21 Ogos 1969 di mana seorang bangsa Yahudi warga Australia, Denis Rohan, telah mengambil tindakan membakar Masjid al-Aqsa. (Sempena Sambutan Hari Al-Quds Sedunia Pada 21 Ogos 2006 Bersamaan 27 Rejab 1427H.

21 Ogos 1969: Peristiwa Pembakaran Masjid Al-Aqsa oleh Zionis


Tanggal 21 Ogos setiap tahun merupakan tarikh memperingati peristiwa pembakaran Masjid Al-Aqsa. Pembakaran tersebut berlaku di waktu subuh pada 21 Ogos 1969 selepas muslimin menunaikan solat subuh dan meninggalkan masjid. Dikesempatan itulah, pihak Yahudi memulakan perancangan mereka dengan membakar Masjid Al-Aqsa. Api marak dengan cepatnya dan terus membakar peralatan masjid dan dindingnya apatah lagi pada waktu tersebut muslimin telah meninggalkan masjid untuk meneruskan rutin harian mereka. Namun begitu, usaha memadamkan api yang terus marak telah dilakukan oleh pemuda-pemuda Islam dengan mengambil air dari telaga-telaga yang berada di kawasan lapang Masjid Al-Aqsa, memindahkan karpet dan tikar keluar dari masjid dan menghimpunkan cebisan-cebisan kecil Mimbar Solahuddin yang terbakar dan kini ia di simpan di Muzium Islam di Masjid Al-Aqsa
Pada asalnya, rejim Zionis telah merancang untuk membakar Masjid Al-Aqsa pada 21 Ogos 1968. Seorang Yahudi dari Australia bernama Denis Michael Rohan telah ditugaskan untuk melaksanakan rancangan tersebut tetapi ia dapat dikesan oleh pihak Masjid Al-Aqsa dan Rohan ditangkap serta dihantar ke Australia. Namun begitu, Rohan dibenarkan datang kembali ke Palestin oleh pemerintah Israel pada tahun berikutnya dan berjaya membakar Masjid al-Aqsa dengan bantuan pihak Yahudi pada 21 Ogos 1969.
Kebakaran tersebut berjaya dilakukan dan tiga kawasan utama Masjid Al-Aqsa telah terbakar iaitu:
  • Masjid Umar yang terletak di penjuru sebelah selatan Masjid al-Aqsa. Ia adalah masjid terawal dibina oleh Khalifah Umar al-Khattab semasa membuka Al-Quds pada tahun 15 Hijrah bersamaan 636.
  • Mimbar Solahuddin Al-Ayyubi dan mihrabnya. Ia dibakar untuk menghapuskan tanda pembukaan Al-Quds yang telah dilakukan oleh Solahuddin Al-Ayyubi pada tahun 583H bersamaan dengan 1187. Mimbar tersebut dibina oleh Solahuddin Al-Ayyubi dan membaca khutbah di atasnya semasa membuka al-Quds.
  • Pintu atas yang terletak di penjuru sebelah baratdaya Masjid al-Aqsa yang ukuran tingginya ialah 10 meter dan susah untuk dinaiki dari dalam masjid tanpa menggunakan tangga yang tinggi. Oleh itu, pintu ini dibakar dari luar masjid dan terdapat individu lain yang mambantu Dennis melaksanakannya dengan bantuan zionis yang telah menguasai pintu besar sebelah barat Al-Quds.


Kesan pembakaran tersebut mengakibatkan terbakarnya mimbar Salahuddin, Masjid Umar, Mihrab Zakaria, Maqam Arbaein, 48 tingkap masjid musnah, dua tiang utama masjid tumbang, kesan-kesan sejarah, karpet, perhiasan ayat Quran dan selainnya terbakar. Dianggarkan Lebih dari 1/4 (seperempat) Masjid Al-Aqsa musnah terbakar.

Rejim Zionis sengaja membiarkan pembakaran ini bahkan pemerintah Yahudi membuat pengadilan pura-pura terhadap Rohan dan membebaskannya tanpa mengenakan apa-apa tindakan dan hukuman dengan alasan dan hujjah bahawa Rohan seorang yang tidak siuman dan ‘gila’ walaupun dari segi profesionnya beliau merupakan seorang doktor perubatan.

Pembakaran Masjid al-Aqsa sebenarnya adalah hasil dari dendam Yahudi terhadap Islam dan ia merupakan satu isu agama. Selepas pembakaran tersebut, Denis Michael Rohan mendakwa dia diutuskan oleh Allah untuk melakukan pembakaran itu sesuai dengan tuntutan Kitab Zakaria. Ia adalah satu kewajipan agama Yahudi yang mesti dilaksanakannya. Oleh itu, pembakaran ini merupakan sesi perancangan yang berterusan yang dilakukan oleh Yahudi bagi membina kembali Haikal Sulaiman.

Pembakaran Masjid al-Aqsa pada tanggal 21 Ogos 1969 telah mendorong negara-negara Islam menubuhkan OIC yang dianggotai 57 negara sebagai langkah menjadikan isu Palestin dan masjid al-Aqsa sebagai isu utama umat Islam sedunia. Semenjak hari itu jugalah, 21 Ogos dianggap sebagai Hari Al-Quds sedunia.


27 Rejab 583 hijrah: Pembebasan Al-Quds oleh Salahuddin Al-Ayyubi

Bumi Al-Quds telah dibebaskan pada hari Jumaat 27 Rejab 583H bersamaan dengan 2 Oktober 1187 selepas 88 tahun di bawah jajahan tentera Salib. Pembebasan ini dilakukan oleh pihak muslimin di bawah kepimpinan Salahuddin al-Ayyubi, seorang pemimpin yang kuat berpegang pada agamanya, berperibadi mulia dan seorang yang beramal soleh.

Pembebasan bumi Al-Quds ini tercapai setelah tentera Islam bejaya mengalahkan tentera Salib Kristian dalam peperangan Hittin di bawah pimpinan Salahuddin al-Ayyubi. Jumlah tentera Islam ialah 12,000 orang sementara tentera salib 50,000 orang dipimpin oleh Guy of Lusignan dan Raymond III of Tripoli. Jumlah tentera Islam dalam pembebasan Baitul Maqdis pula tidak sampai 12,000 orang sementara pihak tentera salib 60,000 orang.

Peperangan ini dinamakan peperangan Hittin kerana ia berlaku di Kampung Hittin, di kaki Bukit Hittin, yang terletak di antara Tiberias dan An-Nasirah. Akhirnya tentera Salib telah tewas. Raja Kristian yang memerintah Palestin telah dapat ditawan beserta adiknya Reginald dari Chatillon. Pembesar-pembesar lain yang dapat ditawan ialah Joscelin dari Courtenay, Humphrey dari Toron dan beberapa orang ternama yang lain. Ramai juga tentera-tentera Salib berpangkat tinggi telah tertawan. Stanley Lane-Poole menceritakan, dalam peperangan ini dapat dilihat seorang tentera Islam telah membawa 30 orang tentera Kristian yang ditawannya sendiri diikat dengan tali khemah. Dianggarkan 30,000 tentera Kristian telah mati dalam peperangan ini.

 

Dalam tempoh dua bulan selepas Salahuddin mencapai kemenangan di Hittin, tentera Islam di bawah kepimpinan Salahuddin mengambil keputusan untuk memasuki bandar dan ibukota Al-Quds. Sebanyak lima puluh buah bandar dan perkampungan yang pernah berada di bawah penjajahan tentera Salib telah berjaya dimerdekakan dalam tempoh yang terlalu singkat. Namun begitu, objektif sebenar yang dijanjikan oleh Salahuddin Al-Ayyubi kepada umat Islam ialah untuk membebaskan Al-Quds (Baitul Maqdis) dari kongkongan musuh-musuh Islam.

Untuk tujuan tersebut Salahuddin meneruskan perjalanannya bersama dengan angkatan tentera ke arah Al-Quds (Baitul Maqdis) dan berjaya mengepungnya selama seminggu sehinggalah pasukan tentera pertahanan kota menyerah diri menyebabkan Salahuddin berjaya memasukinya pada hari Jumaat bersamaan 27 Rejab 583H.

Sebaik sahaja tentera Islam berjaya memasuki Al-Quds, Salahuddin Al-Ayyubi mengambil tindakan sebagaimana yang telah dilakukan oleh Saiyidina Umar bin Al-Khattab (r.a) semasa kali pertama beliau berjaya memasuki Al-Quds. Beliau membuat perjanjian dengan semua masyarakat yang tinggal di sana seperti penganut agama Kristian supaya menjaga kehidupan mereka, kehormatan mereka dan hartabenda mereka.

Oleh: Aman Palestin.

Saturday, August 13, 2011

TARBIYYAH RAMADHAN:SI PERAGUT DAN SEBUAH AL-QURAN

       telah tiba saat waktu kau tinggalkan daku
       kerana takdir yang maha Esa telah menetapkan
       sedih rasanya hati ini bila mengenangkan
       Kau sahabatku kau teman sejati


      Kenapa seringkali kita kehilangan sesuatu baru kita menyedari kehilangannya..Betullah ada yang mengatakan bahawa syukurilah apa yang ada kerana apabila ia tiada baru kita menyedari bahawa ia amatlah penting dalam hidup kita..Jadi,syukurilah apa yang ada=)...


Kehilanganmu bermula..........


     Seawal 9 pagi kakiku melangkah menuju ke ATM bertujuan untuk menengeluarkan duit poket untuk perbelanjaan pada bulan ini.ma cakap ma masukkan duit sebab duit puasa,pertama-tamanya agak kelakar sebab tak mungkinlah ma nak upah sebab puasa ramadhan,berfikir bersendirian,kenapalah ma fikir anaknya masih kecil yang mana upah itu dijadikan gula-gula supaya berpuasa penuh.Lalu si pengembara terima dalam keadaan yang sangat melucukan"kalu nak bagi boleh juga" memandang isi poket dah kosong.


     Selepas mengeluarkan duit,si pengembara bersama seorang sahabat menziarahi seorang kakak yang tinggal dikawasan berhampiran disamping menggunakan internet memandangkan rumah baru tidak pasang internet lagi.Seusai solat zohor pengembara mendapat satu panggilan dari housemate,


".....boleh tolong belikan barang untuk iftor tak?"


"insyaAllah boleh je,jap lagi saya tolong belikan."


Lalu kakak tu menyenaraikan barang-barang keperluan yang digunakan untuk iftor(berbuka).yang mana iftor itu dinamakan MAIDATURRAHMAN(hidangan dari ARRAHMAN,memberi makan kepada 40 orang).


     Si pengembara terus bergegas menuju ke kedai yang berhampiran memandangkan hari dah lewat dan kesuntukan masa untuk memasaknya.Selepas selesai mencari barang,si pengembara bersama seorang sahabat meneruskan perjalanan pulang kerumah kesayangan.Dalam perjalanan kami berdua sering berhenti di pertengahan jalan disebabkan barang sangatlah banyak dan terlalu berat.Rungutan seringkali bermain dibibir kami..


"xde orang nak tolong angkat kat kita ke,berat sangat-sangat nih"


"lama-lama boleh patah tulang jugak nih"


"xpe2 satgi kita call kak S,suh angkat barang kat kita"


     Kami teruskan juga perjalanan kami,orang cakap sikit-sikit lama jadi bukit.Akhirnya sampai di pintu bangunan rumah kami,wow tingginya bangunan,rumah kami tingkat 4..tiba-tiba ada seorang syabab arab volunteer nak angkat barang.tanpa memikir panjang si pengembara terus menyetujui.


     Syabab Arab terus mengangkat barang-barang kami yang berat itu,dalam perjalanan naik ketingkat 4 berselisih dengan kak S..lepas tu kami biarkan sahaja syabab arab itu mengangkat sampai depan rumah.Selepas mengucapkan terima kasih,syabab arab tu terus meminta 25 qirsy,katanya nak naik bas,lalu si pengembara membelakanginya dan membuka dompet untuk memberikan wang tersebut kepadanya,tidak mengapalah,mungkin sebagai upah mengangkat barang.....


tiba-tiba........


     Si pengembara merasakan ada sesuatu yang menarik-narik beg,lalu dengan sepantas kilat si pengembara menyambar beg pengembara,semasa dalam pergelutan dengan syabab arab tersebut,bermacam-macam perkara yang berlegar-legar difikiran,lalu fikiran itu menghantar maklumat kepada pergerakan yang agak agresif itu,malangnya si pengembara tersilap menyusun kaki kerana syabab arab itu terlalu tangkas,oleh sebab mengikut rentaknya,si pengembara merasakan seperti terbang atas udara..


     Akhirnya beg itu dapat dirampas oleh si peragut tersebut,si pengembara tersungkur diatas tangga sambil memerhati dua orang housemate yang masih belum sedar lantaran kaget dengan peristiwa tersebut,di fikiran si pengembara terlalu lemah kerana didalam beg tersebut mempunyai barang yang sangat bernilai,hanya Allah sahaja yang tahu perasaan si pengembara bagaimanakah perasaan takkala tersedar bahawa beg si pengembara dirampas..


     Sangat cantik aturan Allah itu,Allah sangat-sangat mengenali hambanya..Pertolongan Allah tu datang bila-bila masa sahaja,andaikata kita menjaga hubungan dengan Allah,insyaAllah Allah akan tolong kita,percayalah..andaikata kita sama-sama melakukan maksiat,kehilangan sesuatu mungkin untuk menyedarkan kita untuk kembali kepadaNya.Sangat rasa terhina jika kita sering meminta kepadaNya tetapi seringkali kita mengabaikan hakNya,kepadaNya sahajalah kita meminta pertolongan,suatu kuasa besar yang mampu merubah segalanya dengan izinnya.


     Dengan izin Allah semua barang dalam beg si pengembara tercampak kesemuanya atas floor tingkat tiga,si pengembara bergegas menuju ke barang si pengembara tanpa memikirkan kaki yang terseliuh itu sebelum dirampas semula oleh si peragut tersebut,tiba-tiba si pengembara merasakan bahawa si peragut tersebut mengambil sesuatu dan terus berlari seperti lipas kudung,mungkin rasa takut dalam hatinya sangat kemuncak kerana dia perlu melalui dua tingkat lagi sebelum meninggalkan bangunan si pengembara.Si pengembara menghembuskan nafas lega kerana masih terdapat isi dalam dompet si pengembara..Si pengembara segera mengutip barang-barang si pengembara yang berselerak tu,tersedu sebab xjumpa telefon bimbit..lalu si pengembara mengadu kepada housemate..


"Akak,dia ambik fon"(dalam nada yang sangat lemah yang masih tersungkur dilantai)


     Perasaan sedih menguasai diri,lalu si pengembara mengambil beg untuk mengisi semula dalam beg tersebut,si pengembara tersenyum kembali kerana rupa-rupanya telefon bimbit masih berada didalam beg,sedang mengira barang-barang kepunyaan si pengembara,rupa-rupanya sebuah alquran kesayangan si pengembara tiada,yang pastinya si peragut itu tersilap mengambil sebuah alquran yang disangkakannya dompet,oleh sebab sebuah alquran itu berwarna merah jambu dan berzip,dalam keadaan kelam kabutnya matanya menjadi rambang memilih sebuah alquran lalu lari seperti lipas kudung,alquran tercampak berhampiran dengannya,mungkin itu rezekinya,rezeki bulan ramadhan.


     Kaki sangat sakit,sukar sekali untuk berdiri,tulang kaki berubah struktur dari kedudukan asalnya,seharian hanya berehat keletihan mengenang kaki yang sakit itu.mungkin ini adalah kafarah dosa-dosa si pengembara,kerana teringat satu kata-kata..


"kesakitan itu adalah dosa,ubat kepadanya kembali kepada Allah"


          Keadaan si pengembara sangat kritikal,sehingga menjejaskan solat si pengembara,ada yang menasihati si pengembara solat diatas kerusi,ya Allah betapa nikmatnya nikmat sihat itu yang mana seringkali dilupakan oleh setiap manusia itu..selepas menunaikan solat,seperti biasa ingin membaca alquran,hati merasakan sangat sebak,alquran yang sering ditatap,dibaca,dibawa tiada dipandangan mata.airmata mengalir sangat deras sehingga membasahi telekung lalu terlelap dek keletihan menangis..kehilangan amat dirasai..sehinggakan termimpi-mimpikan bahawa si pengembara berjumpa dengan alquran tersebut dan kembali ketangan pengembara..tetapi itu hanya sebuah mimpi.....


luahan hatiku:


Si peragut:"Mungkin ini adalah tarbiyyahmu dibulan ramadhan ini,dibulan berkat yang penuh rahmat dan penuh keampunan,ku berharap sahabatku ini mampu mengubah hatimu,kerana Allah lah pemilik hidayah itu.kerana dosaku,ku kehilangan seorang sahabat yang sering bersamaku,ku sangat menyayanginya,kuharap pengorbananku itu bukanlah sia-sia."


"dan jadikanlah kami ketua kepada orang-orang mukmin"


Kakak ZBI:"ana minta maaf kerana tidak mampu menjaga alquran tersebut,ana bukanlah pemelihara yang terbaik,sesungguhnya Allahlah yang sebaik-baik pemeliharaan.rasa bersalah sangat menghantui diri,sesungguhnya diriku sangat merinduimu tambahan lagi kehilangan pemberian darimu.Setiap hati-hati yang terjalin kerana Allah itu tidak akan terputus selamanya,dan ia terus mengikat antara kita walau dimana kita berada"..minta maaf sekali lagi...


Kepada housemate kakak2 tercinta(kak H,kak S) dan sahabat yang dikasihi(I & D):"Ana rasa bersalah sangat-sangat dekat antunna semua,minta maaf sangat-sangat sebab kecuaian ana rumah kita sekarang sudah menjadi target si peragut dan si perompak.Kalian,ana minta maaf sangat-sangat..semoga Allah terus meredhai kita agar kita sentiasa berada di bawah jagaanNya di bumi barakah ini.uhibbukunna fillah,


"Sesungguhnya ruh orang-orang mukmin itu sentiasa berpelukan"


-SALAM RAMADHAN DARI IRBID,JORDAN-