THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Thursday, March 17, 2011

الواقعة=Keadaan 3 Golongan Pada Hari Kiamat

       Apabila terjadinya hari kiamat,pada hari itu  tidak ada siapa yang dapat menyangkalnya atau mendustainya,apabila mulut dikunci dan semua anggota menjadi saksi.Pada hari itu juga ada golongan yang ditinggikan martabatnya oleh Allah,dan pada hari itu jugalah ada golongan yang direndahkan martabatnya oleh Allah SWT....Pada hari itu terbahagi kepada 3 golongan iaitu المقّربون(orang yang paling dekat dengan Allah SWT),الميمنة(golongan kanan),المشئمة(golongan kiri)..
المقّربون(1(orang yang paling dekat dengan Allah SWT)
        Iaitu orang yang terdahulu memasuki syurga,berada dalam syuirga yang penuh kenikmatan.Segolongan besar yang tergolong dalam golongan ini ialah golongan yang terdahulu,dan sebilangan kecil dari golongan yang terkemudian(umat nabi Muhammad)..
      
       Kenikmatan yang mereka kecapi terlalu indah seperti Allah mengkhabarkan melalui kalamNya,mereka ini berada diatas dipan-dipan yang bertakhtakan emas dan permata,dikelilingi oleh anak-anak muda yang selamanya tidak dimamah usia,dengan membawa gelas cerek dan sloki(piala)berisi minuman yang diambil daripada air yang mengalir,mereka tidak pening mahupun mabuk ketika menikmatinya.
       Semua keinginan mereka akan disempurnakan,dan mereka memilih buah-buahan dan daging burung yang mereka sukai mengikut kemahuan yang bakal mereka disantapi..Terdapat juga bidadari-bidadari yang bermata indah,laksana mutiara yang tersimpan baik.Mereka langsung tidak mendengar kata-kata yang sia-sia sepertimana berada dibumi yang mana setiap kata-kata sukar untuk menemui kebenaran yang dipenuhi kedustaan.setiap kata-kata yang dizahirkan tidak perlu risau dan langsung tidak menimbulkan kemurkaanNya.Inilah ganjaran untuk mereka atas apa yang mereka kerjakan.

2)الميمنة(golongan kanan)
       Alangkah mulianya golongan ini,mereka berada dipohon bidara yang tiada berduri dan pohon pisang yang tersusun buahnya(diriwayatkan bahawa setiap rasa buah-buahan berlainan kelazatannya yang amat sangat yang tidak mampu kita tanggapinya).

       Mereka berada dalam naungan yang terbentang luas dan air yang mengalir terus menerus.Dan buah-buahan yang banyak dan tidak terlarang untuk mengambilnya,tidak seperti didunia yang fana' ini,buah-buahan mengikut musim,dan habis apabila diambil...mereka berada dalam kerehatan yang amat sangat.kasur-kasur yang tebal lagi empuk.Allah menciptakan bidadari secara langsung tanpa melalui kelahiran dan langsung menjadi gadis,yang penuh cinta dan sebaya umurnya الغواني و الامردا.Segolongan besar dari orang-orang terdahulu dan orang-orang kemudian yang bakal menikmatinya.

المشئمة(3(golongan kiri)
       Alangkah sengsaranya golongan ini,mereka berada dalam siksaan angin yang sangat panas dan air yang mendidih berada bawah naungan asap yang hitam,tidak sejuk dan langsung tidak menyenangkan.

       Sesungguhnya mereka sebelum ini hidup bermewah-mewah didunia,penuh keriangan dengan kemaksiatan,mereka terus melakukan dosa-dosa berterusan tanpa bertaubat dan kembali kepadaNya..Dan mereka berkata,"Apabila kami sudah mati,menjadi tanah dan tulang-belulang,apakah kami benar-benar akan dibangkitkan kembali?,Apakah nenek moyang kami yang terdahulu dibangkitkan juga?,Katakanlah,"Ya sesungguhnya orang-orang yang terdahulu dan kemudian pasti semua akan dikumpulkan pada waktu tertentu,pada hari yang sudah dimaklumi,sesungguhnya kamu,wahai orang-orang yang sesat lagi mendustakan!".

       Mereka pasti akan memakan pohon zaqqum,perut mereka akan dipenuhinya,setelah itu mereka akan meminum air yang sangat panas sepertimana mereka minum umpama unta kehausan,itulah hidangan untuk mereka pada hari pembalasan.Dan merekalah golongan yang paling rugi disana nanti,mereka akan menderita kerugian dan tidak mendapat hasil apa-apa pun.Mereka berkata," alangkah baiknya seandainya aku jadi tanah dahulu".

         ******************************



        Kemanisan mencintai Allah untuk mengharapkan ganjarannya tidak sama dengan kemanisan mencintai Allah semata-mata,bukan mengharap balasan daripada cinta yang diberikan..Bercinta dengan Allah juga bukan sebab terlalu takut dengan azabnya,tapi biarlah cinta itu secara mutlak tanpa ada sebab tertentu.Cinta bersebab dan tidak bersebab sangat berbeza hasilnya..Apabila terlalu dekat dengan Allah dan merasai kemanisannya,sudah pasti tidak mengharapkankan yang lain,SubhanaAllah,semoga Allah memberi kita rezeki untuk mencintaiNya serta semoga kita sentiasa dibawah rahmatNya dan sama-sama kita mengejar mardhotillah(^_^)...

0 comments: