THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Sunday, April 17, 2011

Sang Musafir Pencari Ilmu

     Diri ini sudah lama tidak mengembara dialam maya,banyak perkara yang bermain difikiran yang masih belum selesai menyebabkan tidak sempat untuk menulis diruangan blog ini.Kadangkala masa yang diperuntukkan terhad,tetapi sebagai seorang muslim seharusnya 24 jam itu sudah cukup untuk ia meluangkan masanya dengan perkara yang berfaedah.Liku-liku dalam mentarbiyah diri bukanlah mengambil masa yang singkat,ia dipenuhi dengan onak duri dalam melawan kehendak diri..Kadangkala diri ini mengeluh sedih tidak mampu memberikan yang terbaik untuk semua orang,tetapi apakan daya semua itu haruslah atasi secara bijak.
     Sebagai mahasiswi takhasus bahasa arab bukanlah mudah untuk kita mendalami sastera berlainan bahasa dan kebudayaan serta uslub-uslub yang digunakan,tetapi apa yang perlu diingatkan menuntut ilmu itu bukan semudah menguyah gula-gula atau meneguk air mineral ketika kehausan,ia memerlukan mujahadah yang sangat tinggi,semua itu berlaku dengan kehendak Allah SWT..Tanggungjawab sebagai seorang hamba  dan seorang anak itu haruslah dipikul walaupun dalam keadaan sulit sekalipun,Allah SWT tidak rugi apa-apa jika kita tidak mahu mengikut perintahnya,tetapi diri sendiri yang rugi jika tidak mampu mentaatiNya,dan ibu bapa pula juga mendambakan kebahagian anak-anak dan kejayaan dari anak mereka.Lantas diri ini sibuk untuk mengimbangkan keduanya,perjalanan kepada matlamat itu banyak menyelitkan kisah-kisah duka dan rasakan diri ini terlalu degil ketika menghadapinya.
     Kedegilan yang menguasai diri seringkali menyebabkan kata-kata yang terucap menemui penyesalannya.Apa yang perlu diingatkan setiap kata-kata yang terzahir itu akan dihisab,pendekatan yang terbaik ialah sebelum berbicara berfikirlah,adakah kata-kata yang bakal dilafazkan itu mendapat keredhaan Allah atau sebaliknya.Jika tidak mampu bercakap perkara yang bermanfaat maka diam itulah yang terbaik buatmu,kerana kata-kata yang terzahir itu dapat melambangkan diri kita dan ia juga mampu mengaibkan diri kita andai kita tidak mampu mengemudi lidah kita dengan baik.

     Proses mendidik jiwa dan kehidupan Sang Musafir Pencari Ilmu bukanlah semudah yang disangkakan,banyak benda yang seringkali bermain difikiran,adakah fikiran ini sudah dewasa untuk memikirkan segalanya dengan baik?Adakah apa yang diputuskan terbaik untuk semua?,teringat satu kata-kata:hikmah syuyukh wa hamasa syabab,adakah hamasa syabab menguasai diriku sehingga tidak mampu menjadi profesional?-apabila fikiran itu disertakan dengan Allah hasilnya menjadi lebih matang dan profesional-...

     Pendamba ilmu Allah itu menginginkan dirinya sentiasa dipenuhi dengan ilmu yang bermanfaat dan mampu menyelamatkannya nanti serta mampu bermanfaat kepada orang lain.Keinginan menguasai diri untuk terus bermusafir dipolosok dunia untuk memburu dan terus memburu ilmu Allah SWT,kerana ilmu Allah itu sangatlah luas,maka rugilah kepada sesiapa yang tidak mahu memanfaatkannya,TETAPI disebabkan sebagai seorang muslimah itu bukanlah jalan yang terbaik untuk terus berseorangan mengembara dibumi Allah ini,kerana wanita itu adalah fitnah setiap langkahnya keluar dari rumah maka berpusu-pusulah syaitan berlumba-lumba untuk menghiasinya dan tempat yang terbaik bagi wanita solehah itu dirumah iaitu disisi suami dan anak-anaknya,walaupun diri tidak terdaya dan tidak kuat harap diriku tidak terus berkeras untuk menerima tetapan dari Allah SWT itu,kerana aturan Allah itu tersangatlah indah jika kita mampu melihat dengan mata hati,seringkali airmataku menitis memikirkan diri yang masih kekeringan ilmu didada.Pasrah dengan ketetapanNya itu yang terbaik,dan aku mengimpikan bakal pendamping hidupku nanti juga mencintai apa yang aku cintai,walaupun bukan diriku yang memenuhinya tetapi orang yang paling hampir denganku merealisasikannya..ameennn....
     Apabila bercakap soal balik Malaysia,sememangnya semua merindui keluarga,sanak saudara di Malaysia,Ya diriku sangat merindui keluarga di Malaysia.Tetapi hati kecilku berbisik,adakah aku mampu berhadapan dengan keluarga dan masyarakat sekeliling,walaupun sudah hampir setahun berada diperantauan tetapi terasa diri ini masih fakir dengan ilmu,sedih dan gelisah menghantui jiwa yang kekosongan ini.Memikirkan tujuan utamaku,dan niatku takkala mendaratnya kapal terbang  di Queen Alia Airport,Jordan,maka terubatlah rindu dihati,MUJAHADAH!!!!!..Teringin aku memberitahu mereka bahawa aku sudah dewasa,dan bukan lagi seperti keanak-anakkan yang suatu ketika dahulu tidak langsung dihiraukan..
     Ketika menghirup udara segar di Mafraq saat itu terbayang dan terlintas difikiranku sesuatu yang menyebabkan hati yang lemah ini terus hiba,teringat para sahabat dan ulama' yang terdahulu,mereka bukan sahaja mahir dalam bidang mereka bahkan mampu menguasai bidang lain.Diakhir zaman ini Allah akan menarik ilmu itu dengan mematikan para-para ilmuwan,memikirkan tentang diriku,aku terus termangu kerana diriku masih lagi kegersangan ilmu,adakah ilmu yang aku miliki sekarang seiring dengan mustawaku,mustawa mahasiswi luar negara,dimanakah kualiti itu,dalam bidangku sendiri aku tidak mahir?aku bukan budak darjah satu yang masih lagi teraba-raba mengenal erti kehidupan,adakah aku gagal melawan arus??bagaimana pula tanggungjawabku sebagai seorang daie??iaitu tanggungjawab memikul amanah yang disunahkan Rasulullah SAW.

     Ramai orang yang mampu mengikut sunah Rasulullah SAW secara sempurna,tetapi berapa ramai orang yang mampu mengikut sunah terbesar Rasulullah SAW iaitu dakwahnya.Sesiapa yang mengaku lailahaillallah muhammadurasulullah dia adalah daie,tidak kira apapun bidangnya.Tangungjawab itu tidak akan terlepas,dakwah itu mesti walaupun dalam keadaan keseorangan,Untuk menyelusuri kehidupan yang fana' ini penuh dengan kedukaan dan kesengsaraan menuntut sejuta pengorbanan dan kesabaran..Moga aku terus istiqomah di atas jalanNya..
WAllahu A'lam
-irbid,jordan-




1 comments:

Mutiara Islam said...

klu kita benar2 ininkan kebaikan itu,insyaAllah akn dpermudahkan..yg penting,mujahadah..;)