THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Thursday, April 19, 2012

WARKAH CINTA BUAT BAKAL IMAMKU

bismillahirahmanirrahim

-Assalamualaikum wahai bakal imamku,apa khabar imanmu?tujuan ku menulis ini,untuk ku memperkenalkan siapakah diriku yang sebenar kepadamu sebelum engkau memilikiku dan supaya engkau tidak terus terluka dengan sikapku, dengan melihat kesempurnaanku engkau jatuh cinta padaku,nescaya engkau akan kecewa jika mengetahui kekuranganku,kerana aku hanya insan biasa yang sentiasa bertatih berada dilandasan yang betul dan ketahuilah kita ditakdirkan bersama bukanlah atas alasan mencintai satu sama lain,tetapi ia adalah ketentuan yang telah ditetapkan Allah sejak kita di dalam rahim ibu lagi...

wahai bakal imamku

-Kita terus membesar dan terus membesar dengan keadaan yang begitu indah sekali,dipilih menjadi seorang muslim dan juga anak kepada ibu bapa yang soleh,alhamdulillah dengan jalan inilah membuatkan untuk aku lebih mengenali islam itu,ya islam itu sangat indah sekali,bercambahnya iman dan ku tagihkan ihsan sentiasa hadir dalam diriku..dalam pengembaraan untuk melengkapkan ketiga-tiga itu sering kali aku tersasar dan tersungkur dipertengahan,dan aku terus berharap ketika ku bertemu dengan rabbku bukanlah disaat aku tersungkur dengan penuh kedukaan,tetapi bertemu dengan keadaan yang paling dekat, sangat sedikit golongan muqarabin disaat akhir zaman ini,tapi untuk merebut gelaran muqarrabin bukanlah semudah untuk menjadi ashabul syimal(golongan kiri).

10. Dan (puak Yang ketiga pula ialah) orang-orang Yang telah mendahului (dalam mengerjakan kebaikan di dunia), - Yang akan mendahului (mencapai balasan Yang sebaik-baiknya di akhirat kelak);
11. Mereka itulah orang-orang Yang didampingkan (di sisi Allah),
12. (Tinggal menetap) di Dalam Syurga-syurga Yang penuh nikmat.
13. (di antaranya) sekumpulan besar dari umat-umat manusia Yang terdahulu;
14. Dan sebilangan kecil dari orang-orang Yang datang kemudian.
-alwaqiah:10-14

-Dengan kesungguhan untuk mengejar status itu aku sangat berhati-hati menghadapi dunia yang penuh penipuan ini,aku sering kali berdialog dengan diriku sendiri dan kadangkala aku merasakan aku keseorangan dalam kebisingan,hidupku hanya Allah dan Rasul,tiada apa yang aku harapkan melainkan kedua itu,disaat itulah hadir kerendahan diri sebagai seorang hamba,menangis,musafir yang berkelana,dipukul ombak,dilanda badai yang tidak pernah berkesudahan.Rupanyanya aku tidak sedar bahawa aku juga manusia,yang berkomunikasi dengan makhluk yang bernama manusia,kadangkala aku berada didunia aku sendiri tanpa aku sedari manusia lain yang perlu aku fahami.Kadangkala aku melihat aku tidak meletakkan sesuatu kepada tempatnya,aku tidak adil dalam melayan manusia yang berada disekelilingku,aku dengan duniaku,asyik..sampaikan aku kurang sensitif sebagai sifat manusia yang normal,aku sanggup dibuli,dihina,dicaci,direndah-rendahkan,mengalah dengan orang lain selagi mana aku yakin Allah bersamaku,hatiku mampu tersenyum senang,takkala hadirnya Allah dalam jiwa tiada apa yang aku perlukan dan aku berharap perasaan ini kekal abadi…


 
wahai bakali imamku

-Pada pengetahuanmu aku bukanlah milikmu,aku hanya mampu melakukan tanggjwab sebagai seorang isteri dan ibu kepada anak-anakmu kerana apa yang perlu engkau tahu selagimana hamba itu dia menjaga hubungan dengan Penciptanya selagi itulah dia sangat takut untuk melanggar hak-hak manusia yang lain.Cinta itu fitrah manusia,tetapi aku sangat takut untuk memberikan cintaku pada yang salah,biarlah cintaku ku serahkan kepada Allah untuk memberi kepada insan selayaknya.dan ketahuilah engkau akan menemui kesakitan yang amat sangat jika engkau tidak betul-betul memahami cinta yang sebenar-benarnya yang ku idam-idamkan,kerana pastinya engkau akan mengatakan aku tidak sangup berkorban untuk mu,aku tidak menangis keranamu,ketahuilah aku bina kekuatan itu membuatmu sentiasa tabah,kerana bukanlah cinta manusia aku idam-idamkan tetapi ku menerimamu untuk memenuhi tuntutan fitrahku..


-Apabila aku ingin bercakap dengan Allah aku akan menemuinya di dalam solatku,aku bersemangat menceritakan tentang hidupku kepada Allah,dengar macam comelkan si kecil mengomel kepada ibunya,penyanyangnya seorang ibu itu lagilah penyayang Allah itu.Apabila aku rindukan kata-kata Allah itu aku akan bertadabur ayat-ayat darinya..aku menangis jika aku tidak mampu untuk merasai Allah itu benar-benar berada dihadapanku,memerhatiku,memelukku,memgang hatiku dengan kasih sayangnya,aku berharap sangat2 Allah tidak pernah melepaskan talinya walaupon seminit,kerana aku tahu,hidupku umpama layang-layang yg terputus talinya tanpa Allah,aku sangat mengharapkan rahmat Allah sentiasa bersamaku dan saudara2ku yang lain.

-Demi menjaga hubungan dengan manusia,demi untuk membahgiakan dan melihat orang lain ketawa dan tersenyum aku sangup derita dan pada penafsiranku cukuplah Allah bgiku,itulah membuatku tersenyum kepuasan.bantulah aku membuat semua orang gembira,aku sering kali memohon kepada Allah memberitahu segala kekurangan ku dan keburukan ku,dengan itu mampulah aku berubah menjadi lebih baik,dan paling penting aku sangat takut berhutang dengan manusia,berhutang hati tidak semudah yang disangkakan,

wahai bakal imamku

-suatu hati nanti jika engkau terluka dengan sikapku,beritahulah kekuranganku dan bantulah aku untuk berubah kepada yang lebih baik,sekalipun engkau tidak mahu memberitahu kekuranganku terimalah aku dengan seadanya,dan aku berharap hikmah Allah itu menyebelahiku supaya aku mampu menjadi isteri cerdik yang solehah.kerana aku berkomunikasi dengan manusia yang mempunyai 2 hati segala-galanya perlu jelas agar tiada hutang di antara kita.


-jagalah amanah Allah dengan baik,kerana engkau bakal dipersoalkan.

-dan aku berharap fitrahku ini tidak menjadi raja dihatiku,sebaliknya sifat kehambaanku kepada Allah lah yang menjadi raja selama-lamanya,aameenn…


~salam perkenalan dari bakal isterimu

0 comments: