THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Tuesday, February 22, 2011

Antara Ijazah & Risalah

Antara Ijazah dan risalah yang mana menjadi keutamaan sebagai seorang daei??......
   Masyarakat yang terlalu mngejar duniawi,semestinya akan memilih ijazah sebagai keutamaan,tetapi adakah dinamakan seseorang itu sebagai daei apabila ia hanya mengejar risalah??sudah tentu tidak!!seorang daei yang maju kehadapan tidak menjadikan risalah sebagai fitnah dalam mngembangkan misi dakwahnya makanya ia menjadikan ijazahnya sebagai medan untuk menarik masyarakat lain supaya lebih berminat untuk terus sama berganding bahu dalam membina individu muslim yang sekian lama terhapus dek pengaruh kafir laknatullah seterusnya menjadi ustaziatul a'lam dimuka bumi ini...
   Khalifah yang tertegak dimuka bumi ini mestilah orang islam,kerana agama Islam adalah satu-satunya agama yang diredhai Allah.Sejak zaman kejatuhan kerajaan islam,islam terus tertindas hingga sekarang,kita selalu mendengar rengekan umat islam yang mahukan islam itu sendiri bangkit semula,tetapi adakah mereka berusaha membuatkan islam itu bangkit?bahkan mereka tidak ada sifat ingin mengubah diri,dan tiada kesedaran dalam beragama,lebih teruk lagi dengan sikap mereka,memudahkan lagi misi orang kafir untuk menjatuhkan Islam..suatu hari aku dah geram sangat dengan masyarakat sebegini(biasalahkan sifat orang muda),tiba-tiba Allah menghantar seorang sahabat yang  menegurku,beliau berkata:anti sabarlah,anti cuba lihat,perhati betul-betul sekarang umat islam di peringkat mana?aku menjawab:kembali jahiliyah dan lebih teruk dari zaman jahiliyah,beliau terus menyambung,sebelum ni,berapa lama masa yang diambil oleh orang-orang islam zaman dahulu menjadikan islam di tempat yang tertinggi(ustaziatul alam)?..aku terus menjawab,mengambil masa 600 tahun,masa kegemilangan Islam di zaman abasiyah..selepas itu,beliau terus meninggalkan aku dengan kata-kata,fikir-fikirkanlah..betul tu,biarlah usaha yang kita lakukan tetapi hasilnya kita sendiri tidak nampak dan nikmati,tetapi hebat disisi Allah dan kebaikan untuk semua,perancangan yang amat besar selalunya mengambil masa yang lama untuk terhasil.Siapa yang berusaha bersungguh-sungguh Allah akan memberikan kepadanya meskipun dari kaum bukan islam itu sendiri..
   Kembali kapada topik ijazah dan risalah,teringat kepada hadis yang diberikan semasa MHS di dewan Kindi yang mengharuskan semua pesertanya menghafal yang bermaksud
          Daripada Abdullah bin Amru r.a,Rasulullah s.a.w bersabda:"sedikit ilmu lebih baik dari banyak ibadah.Cukup bagi seorang pengetahuan fiqihnya jika dia mampu beribadah kepada Allah(dengan baik) dan cukup bodoh bila seorang merasa bangga(ujub) dengan pendapatnya sendiri".-riwayat ath-Tabrani-
   SubhanaAllah,pentingkan menuntut ilmu itu,Allah tidak melihat pada kuantiti tetapi melihat kepada kualiti itu sendiri,tetapi lebih hebat sesiapa yang melakukan ibadah kepada Allah dalam kuantiti yang banyak seiring menjaga kualiti ibadahnya,teringat sahabat zaman dahulu kan,mereka menjadi singa yang kelaparan dimedan jihad tetapi apabila berhadapan dengan Allah,mereka menjadi seorang abid yang serba kekurangan,dan terus beribadah kepada Allah kerana takutkan kemurkaanNya...
   Sebagai seorang manusia yang biasa,kelebihan masing-masing yang Allah bagi tidak sama,setiap orang ada kelemahannya,kelebihan yang ada itulah menutupi aibnya,maka bersyukurlah wahai sahabatku sekalian dengan apa yang kita miliki..Kembali kepada skop sebagai seorang daei,ijazah dan risalah kedua-duanya penting dalam mengembang usaha dakwahnya,situasi pertama:seseorang yang terlalu mengejar ijazah,kita sendiri boleh lihat bagaimana kejayaan demi kejayaan yang dikecapi,tetapi dia merasakan kekosongan menghimpit dirinya,adakah ini dinamakan kebahagian?situasi kedua:seseorang yang terlalu mengejar risalah sehingga mengabaikan ijazah,kita boleh lihat juga setakat mana risalah ia mampu berjalan,risalahnya tidak mampu tersebar dengan luas kerana kekurangan pengaruh dan mungkin dakwah itu sendiri akan menjadi fitnah dari orang ramai.Apabila kita hendak mnyampaikan risalah sudah pastinya kita tidak mahu fitnah dakwah itu timbul,kerana kefahaman umat islam sekarang ini sangat bercelaru,maka marilah sama-sama kita mudahkan fahaman mereka tentang agama(^_^).
   Nasihat untuk diriku ini dan sahabat diluar sana,seiringkanlah antara ijazah dan risalah,walaupun bagiku,diriku bukanlah sehebat para sahabat zaman dahulu yang sangat hebat dalam semua bidang,tetapi aku akan terus berusaha untuk menghebatkan juga ijazahku seiring dengan risalah yang alhamdulillah mudah diterima sehingga sekarang,kadangkala aku merasa sedih kerana terlalu mengejar risalah sehingga hampir mengabaikan ijazah,pernah tercetus diminda,biarlah orang lain yang tolong bawa risalah,biar aku tumpukan kembali kepada ijazahku,aku benar-benar letih dengan keadaan aku sekarang,ternyata semua tu silap,disebabkan terlalu menyayangi dakwah itu aku berjumpa dengan kakak naqibahku membincangkan soal ini,ternyata jawapannya memberi kelegaan dihatiku,beliau berkata:sememangnya didunia ini dipenuhi dengan keletihan kerana diakhirat itu penuh dengan kerehatan,maka bersabarlah dengan keadaan ini.Mari sama-sama kita tajdidkan niat kita dengan niat semuanya keranaNya.
          daripada Amirul Mukminin Abu Hafs Umar bin AlKhattob r.a,kata beliau:"Saya mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:"Hanyasanya sah atau sempurnanya segala amalan dengan niat.Hanyasanya untuk setiap orang apa yang diniatkan.Oleh itu sesiapa yang berhijrah kepada Allah dan rasulNya,maka hijrahnya kapada Allah dan rasulNya.Sesiapa yang berhijrah kerana dunia yang akan diperolehinya atau perempuan yang akan dikahwininya,maka hijrahnya adalah kepada tujuan dia berhijrah tersebut."-riwayat albukhari dan muslim-
wallahua'lam
-irbid,jordan-

1 comments:

Mutiara Islam said...

yup,,rehat yg sebanar2 rehat adalah disyurga nnti..
di dunia ni adalah medan prjuangan kita..
semoga istiqomah dgn prjuangan anda~